Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Melancarkan Hotlink RED App Untuk Akses Serta-Merta Ke Pengalaman #LiveLifeLoud

Hotlink melancarkan Hotlink RED App, memberi ganjaran kepada para pelanggan kerana 'Sentiasa Terhubung' dengan menghubungkan mereka kepada apa yang mereka suka
Pelanggan yang memuat turun Hotlink RED App mendapat akses secara automatik kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun - termasuk jemputan VIP, diskaun dan keistimewaan gaya hidup, akses selebriti di belakang pentas serta pengalaman eksklusif lain
Hotlink RED app adalah satu cara baharu dan lebih mudah untuk pengguna prabayar memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih

Hotlink, jenama prabayar Maxis, pada hari ini melancarkan Hotlink RED App dimana pelanggan akan mempunyai akses serta-merta kepada ganjaran kerana sentiasa terhubung, dan juga merupakan satu aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya untuk pengalaman pelanggan yang tiada tandingan. Aplikasi ini menguatkan pengalaman ‘Sentiasa Terhubung’ Hotlink, yang ditakrifkan oleh pelan prabayar #Hotlink, yang menawarkan pengalaman internet berterusan dengan pesanan sosial percuma dan internet berkelajuan tinggi pada RM1 sehari.

Dengan memuat turun Hotlink RED App, pelanggan akan mendapat akses secara automatik kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun, termasuk akses VIP ke selebriti kegemaran mereka, hadiah-hadiah eksklusif seperti barangan yang ditandatangani dan ganjaran harian, pengalaman epik ke festival muzik dan konsert serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan.

“Hotlink RED App merupakan pengukuhan aspirasi kami bagi para pelanggan kami kerana ia akan sentiasa menjadi pintu masuk ke platform #LiveLifeLoud yang amat menarik, yang pada asasnya adalah satu dunia yang unik dan menawarkan pengalaman yang eksklusif. Semua ini kini dalam jangkauan mereka melalui aplikasi ini. Jenama Hotlink kami sentiasa melambangkan dunia yang penuh dengan pengalaman yang dinamik, dan hari ini kami memberi ganjaran kepada mereka dan menjadikan ia lebih mudah bagi mereka untuk menjadikan impian mereka satu realiti,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Hotlink RED App juga merupakan aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya yang direka untuk memperkaya dan memudahkan kehidupan pelanggan Hotlink, dan membolehkan mereka untuk mengambil kawalan penuh akaun prabayar mereka seperti memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih untuk pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

Di majlis pelancaran Hotlink RED App hari ini, pelanggan prabayar diberi berpeluang untuk mengalami ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun ini termasuk aktiviti yang direka khas, bersama dengan beberapa bintang sosial dan selebriti Malaysia, manakala artis-artis tempatan membuat persembahan kepada orang ramai sepanjang malam.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, berkata, “Seperti yang dijangka, suku pertama ini dipenuhi dengan inisiatif transformasi, yang juga merupakan fokus utama kami sepanjang tahun 2014. Kami telah menetapkan standard yang amat tinggi dan kami akan terus menangani perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Kami berpuas hati bahawa kami telah meningkatkan keuntungan bagi suku pertama, pada masa yang sama, kami terus memberi fokus sepenuhnya untuk meningkatkan lagi keupayaan kami, supaya dapat memberikan apa yang kami dan pelanggan kami definisikan sebagai ‘pengalaman yang hebat’.”

“Kami akan mengadakan beberapa aktiviti menarik pada masa akan datang dan dengan menggunakan Hotlink RED App, pelanggan kami akan mempunyai akses kepada pelbagai acara eksklusif dalam beberapa bulan akan datang!” tambah Dushyan.

#Hotlink, yang dilancarkan pada Oktober tahun lepas, mewakili kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj bayar-bila-guna (pay-per-use charges), menjadikan ia satu produk yang sesuai yang bertujuan untuk meluaskan akses kepada internet.

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Hotlink ini di Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink RED App atau #LiveLifeLoud, sila lawati www.hotlink.com.my

 

Archives
Tags