Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Bekerjasama Dengan Microsoft Untuk Melancarkan Penyelesaian Produktiviti

Dalam era dimana Perusahaan Sederhana & Kecil (PKS) menonjol sebagai penyumbang yang berkembang maju terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara, kecekapan perniagaan menjadi satu faktor yang amat penting bagi operasi harian dan pertumbuhan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk membantu pertumbuhan sektor yang semakin berkembang ini, Maxis telah bekerjasama dengan Microsoft untuk melancarkan penyelesaian produktiviti yang menggabungkan Office 365 (O365) ke dalam penyelesaian MaxisONE Business. Penyelesaian tersebut bertujuan membantu PKS meningkatkan tahap produktiviti mereka melalui pakej yang kos cekap dan dipacu teknologi melalui rangkaian data terbaik di negara.

MaxisONE Business, yang dilancarkan pada tahun 2014, adalah pelan Internet semua-dalam-satu untuk perniagaan yang dilengkapi dengan panggilan dan SMS tanpa had, Internet tanpa berasa bimbang, Perkhidmatan Gred Perniagaan dan penyelesaian mobiliti. Dengan menggabungkan O365 ke dalam penyelesaian ini, ia bermakna pelanggan juga akan mendapat aplikasi Office di dalam komputer, tablet dan telefon pintar, penyimpanan awan sebanyak 1TB dan pelbagai perkhidmatan nilai tambahan yang lain.

Berikut adalah faedah menggunakan MaxisONE Business dengan O365:

  • Sokongan penyelesaian 24/7: Pelanggan mempunyai akses kepada pakar-pakar 24 jam, 7 hari seminggu, untuk apa-apa sahaja pelangganan, isu-isu teknikal atau pemasangan.
  • Satu bil sahaja: Pelanggan akan menerima hanya satu bil daripada Maxis, yang akan menjadi bil tunggal mereka.
  • Bayaran bulanan: Bayar langganan bulanan sahaja, tanpa kos pelaburan terdahulu.

MaxisONE Business dengan O365 untuk PKS adalah penyelesaian yang pertama diantara pelbagai lagi penyelesaian yang akan datang dengan kerjasama Microsoft, yang menekankan wawasan yang sama antara kedua-dua pihak untuk memacu pendigitalan perniagaan-perniagaan Malaysia.

“Realiti lanskap perniagaan hari ini adalah bahawa pelanggan perlukan kebebasan untuk bekerja dari mana-mana sahaja. MaxisONE Business dengan O365 pada dasarnya menawarkan cara-cara baru untuk bekerja di mana sahaja meskipun apabila dalam perjalanan, melalui model OPEX yang akan membolehkan perniagaan beroperasi dengan lebih cekap melalui kerjasama beberapa pihak. Oleh itu, ia adalah sesuai untuk semua perniagaan dan mereka yang mempunyai keperluan untuk berkembang dan bekerja secara tidak konvensional. Selain itu, dengan rangkaian 4G berkelajuan tinggi kami, pengalaman menggunakan penyelesaian yang dipacu teknologi ini akan lebih baik,” kata Shanti Jusnita Johari, Ketua Pemasaran Perusahaan dan Mobiliti Maxis.

“Hari ini, lebih ramai lagi orang bekerja di luar pejabat, dengan menggunakan pelbagai peranti mudah alih. Untuk setanding dengan kelajuan perniagaan, para pekerja perlu mengakses kerja mereka dan berhubung dengan pasukan mereka di mana sahaja mereka berada. Mereka inginkan fleksibiliti untuk bekerja di mana sahaja pada bila-bila masa - dan penyelesaian Microsoft Office 365 untuk perniagaan membolehkan pasukan anda bekerja bersama-sama di mana sahaja, dengan pengalaman yang sama di PC, tablet, dan peranti mudah alih. Sama ada anda berkolaborasi dalam dokumen-dokumen perniagaan yang penting, bertemu dengan pasukan anda, atau berhubung dengan pelanggan dan rakan kongsi, Microsoft Office 365 secara uniknya menawarkan platform yang konsisten untuk memperluaskan sempadan perniagaan anda,” kata Azizah Ali, Pengurus Besar, Penyelesaian Pasaran Kecil, Sederhana dan Rakan Kongsi, Microsoft Malaysia.

MaxisONE Business dengan Office 365 akan menawarkan anda faedah-faedah berikut:

PENYELESAIAN PRODUKTIVITI
  Business
Business Premium
Yuran bulanan bagi setiap pengguna – dengan MaxisOne Business*
RM30 RM45
Had langganan
RM300(each plan)
Sokongan telefon 24/7 dari Maxis 1919
All issues
Aplikasi penuh Office yang akan dipasang bagi sehingga 5 PC atau Mac bagi setiap pengguna (Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Publisher, dan OneNote)

Yes

Yes
Office dalam tablet dan telefon mudah alih (iOS, Android, dan Windows OS)
Yes
Yes
Office Online
Yes
Yes
Penyimpanan awan sebanyak 1TB (OneDrive for Business)
Yes
Yes
E-mel kelas perniagaan, calendar, dan kenalan dengan inbox sebanyak 50 GB bagi setiap pengguna
No Yes
Mesyuarat dalam talian, IM dan persidanagan video HD tanpa had (Termasuk Skype untuk aplikasi Business)
No
Yes
Tapak Pasukan (Team Sites), Portal Dalaman (SharePoint)
No
Yes
Rangkaian sosial korporat untuk membantu pekerja bekerjasama merentasi jabatan, lokasi, dan aplikasi perniagaan
No
Yes
Integrasi Direktori Aktif (untuk sign-on tunggal dan keselamatan yang dipertingkatkan)
Yes
Yes

* MaxisONE Business ditawarkan dengan panggilan dan SMS tanpa had dan Internet tanpa berasa bimbang, termasuk Perkhidmatan Gred Perniagaan dan fleksibiliti untuk menambah penyelesaian mobiliti yang disesuaikan.

Untuk melanggan Office 365, sila hubungi 1-800-82-1919. Atau untuk maklumat lanjut, sila lawati www.maxis.com.my/office365.

office365 2
Archives
Tags