Nikmati Kehebatan K-POP Bersama Hotlink
Perhatian semua peminat K-pop! Hotlink terus memberikan para peminat pelbagai pengalaman K-pop yang epik untuk konsert dan acara-acara yang terbaik. Hotlink telah membawa TaeYang LIVE di KL pada bulan Februari dan Royal Pirates LIVE di KL dan Kota Kinabalu pada awal bulan ini, dan kini, Hotlink dengan bangganya mengumumkan bahawa ia akan menjadi Penaja Telko Rasmi untuk konsert K-POP TERBESAR bagi tahun ini - BIGBANG 2015 World Tour [MADE] in Malaysia - dimana kumpulan K-pop yang popular ini akan menghiburkan para peminat dengan lagu-lagu terkenal mereka di Stadium Putra Bukit Jalil pada 25 Julai pada jam 6.00 petang.
Selain itu, para pelanggan Hotlink akan menjadi antara yang PERTAMA di Malaysia untuk mendapatkan tiket konsert BIGBANG. Hotlink akan mempunyai barisan khas untuk para pelanggannya semasa pelancaran tiket pada 17 Mei di main court Quill City Mall KL, yang terletak di tingkat bawah, dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, 100 peminat terbesar BIGBANG yang telah menunggu dalam barisan selama hampir seminggu di Quill City Mall masih akan kekal di hadapan barisan dan mempunyai keutamaan untuk membeli tiket konsert pada 17 Mei.
Untuk menjadi salah satu daripada 40 pelanggan untuk mendapatkan tiket, pelanggan hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:
Jika mereka tidak mempunyai Hotlink RED App, mereka perlu memuat turunnya pada peranti mudah alih Android atau Apple mereka di www.hotlink.com.my/r
Pergi ke "Feedback" di bawah "Category" dan pilih "LIVE.LIFE.LOUD". Di bawah "Message", taip "I LOVE BIG BANG"
40 pelanggan pertama yang mendaftar akan dipilih untuk barisan khas tersebut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Mei.
Bersempena konsert K-pop terbesar tahun ini, Hotlink juga telah memperkenalkan AKADEMI KPOP, dimana lima peminat K-pop yang terbesar di Malaysia akan dipilih untuk menjadi 'duta K-pop' Hotlink. Peminat yang dipilih untuk menyertai akademi tersebut akan ditransformasi menjadi artis K-pop kegemaran mereka, dimana mereka akan diberi kelas nyanyian dan tarian, 'makeover' untuk menyerupai idola K-pop mereka, dan akhirnya menjadi bintang video muzik K-Pop Hotlink. Pengalaman mereka ketika dalam akademi juga akan didokumentasikan sebagai sebahagian daripada satu siri web yang akan ditayangkan pada bulan Jun melalui saluran YouTube Hotlink.
Untuk menjadi sebahagian daripada Akademi K-pop, peminat perlu menghantar video mereka ke hotlinkred@maxis.com.my. Dalam video tersebut, peminat dikehendaki:
Membuktikan bahawa mereka peminat K-pop nombor satu!
Menunjukkan bakat tarian dan nyanyian terbaik mereka
Dalam bahasa Korea, kongsi sesuatu tentang diri mereka
Peserta mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Mei.
Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata, "Sama ada ia acara muzik epik, peraduan menarik atau pengalaman eksklusif, pelanggan sentiasa boleh mengharapkan ganjaran khas dengan Hotlink! Berpegang kepada janji kami, Hotlink terus membawa artis-artis yang terbesar di dunia muzik K-pop dan telah memberi para pelanggan kami akses khas kepada artis-artis kegemaran mereka. Sekarang, kami telah mengambil langkah seterusnya dengan membawa kumpulan terbesar K-pop, BIGBANG kepada para peminat mereka di Malaysia. Nantikan pelbagai lagi acara K-pop yang menarik daripada Hotlink! "
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert BIGBANG dan Akademi K-pop Hotlink, sila layari www.hotlink.com.my/kpop