Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Berapa Pantas 4G Anda?

Print

Kami dapati bahawa tiga syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia semuanya mendakwa bahawa mereka masing-masing mempunyai rangkaian 4G 'terluas', 'terpantas' dan 'terbaik'. Walaupun ketiga-tiga ingin membuktikan kehebatan masing-masing, ia adalah jelas bahawa ketiga-tiga syarikat tidak boleh semuanya betul. Dan jika ini berterusan, rakyat Malaysia tidak akan tahu syarikat mana yang boleh dipercayai. Dan ini adalah sesuatu yang tidak baik bagi semua pihak.

Kami percaya ia adalah penting apabila sebuah syarikat membuat tuntutan bahawa ia adalah ‘No. 1 bagi 4G’, ia perlu disokong dengan keputusan yang ketara, boleh diukur dan benar. Itulah sebabnya Maxis telah membuat keputusan untuk mendedahkan definisi 4G dan statistik prestasi kami. Liputan adalah penting tetapi begitu juga kualiti. Oleh itu, apabila Maxis mengemukakan liputan (terluas) kami, kami menggunakan syarat-syarat yang ketat untuk memastikan kekuatan isyarat.

Rakyat Malaysia yang mahukan pengalaman Internet yang terbaik perlu mempunyai asas yang adil untuk membuat pilihan. Itulah sebabnya kami telah menjelaskan prestasi kami dengan spesifik. Kami menjemput media dan orang ramai untuk menguji 4G Maxis kami sendiri. Dan kami ingin menggalakkan Celcom dan DiGi untuk melakukan perkara yang sama juga.

“Apabila anda berada pada rangkaian 4G, anda boleh menikmati penstriman video tanpa penimbalan (buffer-free), pemuatan laman web lebih pantas, dan kelajuan tinggi yang konsisten di dalam dan di luar. Kami telah mentakrifkan dari segi teknikal apa yang Maxis sasarkan dari segi pengalaman 4G yang baik. Kami berbuat demikian kerana rakyat Malaysia yang inginkan pengalaman Internet 4G yang terbaik perlu mempunyai asas yang adil untuk membuat pilihan,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis. Untuk membincangkan penggunaan standard teknikal biasa bagi 4G, Maxis juga menjemput ketua jurutera dari kedua-dua Celcom dan DiGi untuk menyertai Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Baangsgard, di satu forum terbuka berkenaan dengan 4G pada 23 November 2015.

Dengan Maxis 4G, anda boleh menikmati:

  • Tiada penimbalan (buffering) di YouTube SD, 98% setiap masa
  • Tiada penimbalan (buffering) di YouTube HD, 96% setiap masa
  • Laman web popular (Google dan Facebook) dimuatkan sepenuhnya kurang daripada 8 saat
  • Purata kelajuan 4G melebihi 15Mbps pada bila-bila masa, di dalam dan di luar
  • Kelajuan yang amat pantas sehingga 225MBps di kawasan di mana Maxis telah melancarkan teknologi LTE-Advanced, syarikat telekomunikasi Malaysia yang pertama untuk berbuat demikian
  • Liputan penduduk 4G sebanyak 90% dengan kekuatan signal sebanyak -98dBm di Lembah Klang, Pulau Pinang dan JB
  • Liputan penduduk 4G sebanyak 60% dengan kekuatan signal minimum sebanyak -98dBm di semua ibu negeri
  • Liputan penduduk 4G sebanyak 55% dengan kekuatan signal minimum sebanyak -98dBm di seluruh negara

Jadi, berapa pantas 4G anda? Mari kita berbincang secara terbuka.

Archives
Tags