Maxis Mengesahkan Kepimpinan 4G, Tumpuan Kepada Pengalaman Internet Berprestasi Tinggi
Rakyat Malaysia amat menyukai Internet dan memahami peranannya dalam memperkayakan kehidupan kita. Ianya bukan lagi sesuatu yang hanya menyeronokkan malahan telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan moden kita. Permintaan untuk pengalaman Internet yang berkualiti dan pantas sedang berkembang pesat, dari pihak pengguna dan juga perniagaan.
Di Maxis, kami sentiasa memberikan yang terbaik. Oleh itu, di Maxis, makna sederhana pada kami bukan sederhana.
Kualiti rangkaian bergantung kepada kualiti isyarat yang diukur dalam dBm. Maxis menggunakan -98dBm sebagai ambang yang ketat untuk memastikan liputan di dalam dan di luar adalah konsisten dan boleh dipercayai.
Pengukuran -98dBm adalah bersamaan dengan tiga atau empat bar pada telefon anda apabila anda berada di luar, yang memberi pengalaman data yang lebih dipercayai dan konsisten, dengan purata kelajuan 4G di luar yang hebat selaju 20Mbps dan kelajuan di dalam yang jauh lebih baik selaju 10Mbps.
Dengan kekuatan isyarat ini, pelanggan boleh menikmati penstriman video tanpa gangguan (zero buffering) di YouTube 96% setiap masa, mengakses laman web popular kurang dari 8 saat, kelajuan yang konsisten dan pantas 24/7, dan isyarat yang lebih kuat serta liputan 4G yang terluas.
Berdasarkan ambang -98dBm ini, rangkaian 4G Berprestasi Tinggi Maxis mencapai 62% penduduk Malaysia.
Terdapat juga ukuran standard untuk kekuatan isyarat -110dBm yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi lain, yang bersamaan dengan dua bar pada telefon anda. Oleh kerana isyarat mudah alih sentiasa turun naik, ini boleh menyebabkan pengalaman data yang kurang kukuh, senang terputus dan kurang baik di luar bangunan, dan semakin teruk di dalam bangunan.
Jika kita menggunakan ukuran standard ini, liputan penduduk 4G Maxis akan menjangkaui 70%.
Dalam sebarang konteks sekalipun, Maxis adalah peneraju dalan liputan dan kualiti 4G.
“Dari segi prestasi rangkaian, kami memahami bahawa pelanggan meletakkan harapan yang tinggi untuk prestasi rangkaian yang hebat. Dengan menggunakan definisi yang ketat bagi 4G, kami menjadi lebih realistik. Kami juga telah melabur lebih dari RM1 bilion tahun ini untuk rangkaian kami, lebih daripada yang lain, dalam memastikan rakyat Malaysia mempunyai pengalaman Internet yang lebih berkualiti yang mereka impikan,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis.
Pada masa ini, terdapat 2.2 juta pengguna (dan bilangan ini sentiasa bertambah) yang sedang menikmati Internet dengan Maxis 4G berprestasi tinggi. Maxis juga telah menawarkan pelbagai peranti 4G dengan program Zerolution, iaitu program pemilikan telefon pintar yang pertama seumpamanya yang baru sahaja dilancarkan, tanpa bayaran pendahuluan, tanpa penalti untuk menukar pelan dan ansuran tanpa faedah.
Untuk menguji kepantasan rangkaian 4G sendiri, Maxis telah menganjurkan cabaran 24-jam Maxis 4G hari ini, dimana 2,400 kakitangan telah mengembara ke seluruh negara untuk melaksanakan 24,000 penglibatan bersama pelanggan dan menguji rangkaian 4G Maxis. Maxis juga telah melibatkan pelanggan untuk menjalankan ujian yang sama, melalui pelbagai aktiviti untuk mengalami perbezaan Maxis 4G.
Untuk menyaksikan kepantasan rangkaian kami di lokasi yang berbeza di seluruh negara, sila layari www.maxis.com.my/network sekarang.