Pengagihan Semula Spektrum
Kami merujuk kepada kenyataan SKMM mengenai pengagihan semula spektrum bertarikh 1 Februari. Semalam, Maxis menerima notis pengagihan semula spektrum jalur 900 MHz dan 1800 MHz, yang akan mengurangkan spektrum yang sedia ada ke 2 x 10 MHz dan 2 x 20 MHz masing-masing. Kami maklum keputusan SKMM untuk menukar yuran Penguntukan Radas (Appratus Assignment) tahunan ke bayaran Penguntukan Spektrum pendahuluan dengan kepastian jangka panjang bagi spektrum tersebut. Kami juga maklum bahawa SKMM mengakui bahawa bayaran ini perlu dilihat dalam perspektif tahap pelaburan yang tinggi yang akan diperlukan oleh industri untuk mencapai matlamat negara. Kami juga maklum fokus Suruhanjaya untuk memperluaskan spektrum yang ada untuk jalur lebar mudah alih, terutamanya jalur 700 MHz serta mengoptimumkan jalur 2300 MHz dan 2600 MHz.
Kami menerima notis tersebut hanya semalam, dan akan memaklumkan apabila kami telah mengkaji secara terperinci dan mempunyai lebih kejelasan mengenai perkara ini.