Nikmati 1 JAM PERCUMA Internet Berkelajuan Tinggi, Untuk Apa-Apa Sahaja, Setiap Hari, Dengan Hotlink Happy Hour
Hotlink telah memperkenalkan tawaran hebat bagi segmen prabayar dengan pelancaran Hotlink Happy Hour. Pelanggan Hotlink kini boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi PERCUMA 1 JAM, 1GB SETIAP HARI untuk digunakan untuk apa sahaja. Jika dibandingkan dengan data percuma prabayar lain, dimana data tersebut adalah terhad dan eksklusif untuk penggunaan aplikasi tertentu (contohnya Facebook, chat sosial, video dan lain-lain), Hotlink Happy Hour menawarkan pelanggan penggunaan aplikasi dan Internet tanpa had. Mereka kini boleh layari Internet, strim, dan bual tanpa henti pada rangkaian 4G No.1 untuk pengalaman Internet terbaik. Secara keseluruhan, Hotlink Happy Hour menawarkan PERCUMA 30GB* Internet berkelajuan tinggi SETIAP BULAN.
Untuk menikmati Hotlink Happy Hour, pelanggan perlu membeli sama ada pas mingguan Internet Mudah Alih RM10 atau pas bulanan Internet Mudah Alih (bernilai RM30 dan ke atas), dan kekal aktif.
*Nota: Untuk pelanggan yang melanggan pas Internet mudah alih bulanan
Untuk menebus Hotlink Happy Hour percuma harian mereka, pelanggan hanya perlu:
- Dail *868# dari telefon mudah alih mereka ATAU
- Aktifkan Happy Hour di aplikasi Hotlink RED dan klik pada butang ‘Claim Now’
“Dengan Hotlink Happy Hour, kami tidak menghadkan bagaimana anda boleh menggunakan Internet, bukan seperti pelan lain dalam pasaran, dimana terdapat pembatasan ke atas bagaimana anda boleh menggunakan data. Selama satu jam setiap hari, Hotlink memberi anda kebebasan dan kawalan untuk menggunakan data percuma ini untuk apa sahaja yang anda inginkan - sama ada untuk strim rancangan TV kegemaran anda, layari Internet atau untuk media sosial. Dan yang paling penting sekali, anda boleh menikmati data tambahan ini melalui rangkaian 4G No. 1 di negara ini, untuk pengalaman Internet yang terbaik,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.
Hotlink Happy Hour adalah tawaran naik taraf data terbaharu, khas untuk pelanggan Hotlink FAST. Sebelum ini, Hotlink memperkenalkan ‘Biggest Internet Pass’, yang memberikan pelanggan Internet berkelajuan tinggi 17GB bersama dengan panggilan percuma ke semua rangkaian.
Maxis juga terus melabur dalam rangkaian 4G LTE terkemuka dalam industri, yang telah terbukti untuk menyediakan liputan dan kelajuan terbaik untuk pengalaman Internet yang hebat. Baru-baru ini, Maxis muncul sebagai juara keseluruhan dengan penarafan 4 bintang, standard penarafan tertinggi dalam kategori syarikat telekomunikasi dalam menyampaikan penstriman video definisi tinggi (HD) yang konsisten dan lancar di semua 14 negeri, menurut YouTube Video Checkup. Laman web ini menyediakan pengguna YouTube dengan skor syarikat-syarikat telekomunikasi yang berbeza di kawasan tertentu berdasarkan kualiti main balik (playback) YouTube.
Maxis juga telah dinamakan Pembekal Telco & Rangkaian LTE Terbaik oleh Lowyat.NET Community Choice Awards Malaysia selama dua tahun berturut-turut, dan Rangkaian Terbaik bagi tahun 2016 oleh MCMC Wireless & Wired Broadband Services.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Happy Hour, saksikan video ini https://www.youtube.com/watch?v=VCHzQbW04DE, atau layari www.hotlink.com.my/fast.