Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Meraikan Tahun Baru Cina Bersama Para Penghuni Rumah Orang Tua Silver Jubilee

 

Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan yang memberi kita peluang untuk berkongsi kegembiraan, terutamanya dengan mereka yang kurang bernasib baik. Pada 21 Januari, 50 sukarelawan Maxis telah melawat Rumah Orang Tua SilverJubilee, untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama para penghuni dan membantu menyerikan kawasan perumahan sempena sambutan tahun baru.

Kira-kira 160 penghuni berusia antara 65 dan 98 tahun telah disajikan dengan majlis makan “yee-sang”. Pelbagai makanan jalanan popular seperti kuey teow dan yong tau foo juga telah dihidangkan di dewan makan, untuk dinikmati bersama-sama.

Semasa lawatan tersebut, sukarelawan Maxis telah bekerja dalam kumpulan untuk membersihkan wad, bilik pemulihan, pusat rekreasi dan ruang tamu, serta kawasan persekitaran, untuk kemudahan dan keselesaan para penghuni. Sukarelawan juga turut menyampaikan barangan harian dan juga beg cenderahati yang mengandungi limau mandarin dan makanan ringan.

“Maxis amat menyokong sikap keprihatinan terhadap keperluan masyarakat, terutamanya golongan warga emas kami. Lawatan hari ini membuktikan komitmen berterusan kami untuk menyentuh kehidupan orang ramai dengan cara yang positif, bukan sahaja melalui sumbangan kewangan tetapi melalui penglibatan kakitangan Maxis kami sebagai sukarelawan,” kata Mervyn Lim Chin Yik, Ketua Wilayah Utara Maxis.

“Kami amat berbesar hati kepada Maxis kerana sudi melawat rumah kami dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan penghuni kami. Kehadiran sukarelawan anda telah membawa keriangan musim perayaan bagi mereka di sini,” kata Bob Tang Hung Hueng, Pengurus Besar Rumah Orang Tua Silver Jubilee.

Maxis degang rumah orang tua silver jubilee
maxis memberi hadiah kepada orang silver jubilee
Archives
Tags