Maxis Meraikan Tahun Baru Cina Bersama Para Penghuni Rumah Charis
Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan yang memberi kita peluang untuk berkongsi kegembiraan, terutamanya dengan mereka yang kurang bernasib baik. Pada 13 Februari, 80 sukarelawan Maxis telah melawat Rumah Charis untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama para penghuni dan membantu menyiapkan kawasan perumahan sempena sambutan tahun baru. Para sukarelawan bekerjasama untuk mengecat pagar di sekitar rumah tersebut, membersihkan bahagian dalam dan luar, dan juga menggantung hiasan Tahun Baru Cina.
“Pada Tahun Baru Cina ini, kami ingin memberi impak kepada penghuni Rumah Charis dengan cara yang bermakna, dimana sukarelawan Maxis bersama-sama mengemaskan rumah dan menghabiskan masa bersama mereka. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu menceriakan musim perayaan ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis.
Untuk menghidupkan 'huat' pada Tahun Baru Cina ini, para penghuni juga diberi peluang untuk menikmati tarian singa dengan cara yang baharu. Pada tahun ini, Maxis memperkenalkan Ang Pao HuatAR, satu paket ang pao yang pertama seumpamanya yang membantu ‘menghidupkan’ singa Ah Huat dengan menggunakan realiti tambahan (augmented reality - AR). Dengan aplikasi Maxis HuatAR, para penghuni dapat menjadi sebahagian daripada tarian singa dan mengambil gambar dengan 'Ah Huat' juga.
“Di Maxis, kami percaya bahawa musim perayaan yang meriah ini dan symbol-simbol positif patut dinikmati oleh seberapa ramai orang yang mungkin. Dengan kempen HuatAR ini, kami telah menjadikan tarian singa, iaitu sebuah simbol tuah dan kemakmuran, kepada satu pengalaman yang boleh diakses dengan kuasa teknologi. Dengan menggunakan realiti tambahan - atau AR, secara ringkas - pelanggan kami kini boleh menyambut Tahun Baru Cina dengan cara yang inovatif dan menghiburkan,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama.
Mengulas mengenai sumbangan Maxis ke Rumah Charis, Suzanne Lee, Pengurus Operasi Rumah Charis, berkata, “Kami berterima kasih kepada Maxis kerana sudi melawat rumah kami dan membawa kegembiraan kepada semua penghuni terutamanya pada musim perayaan ini. Ia amat mengagumkan melihat sukarelawan Maxis mengambil masa untuk bersama dengan kami.”