Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Melancarkan ONERetail - Penyelesaian Lengkap Digital Yang Pertama Untuk Industri Runcit

Perniagaan runcit kini mempunyai akses kepada penyelesaian lengkap untuk memodenkan perniagaan mereka sepenuhnya.

Maxis ONERetail – iaitu penyelesaian digital komprehensif yang merangkumi jualan berasaskan awan, e-dagang dan pemasaran SMS yang melengkapi penyelesaian Internet mudah alih dan tetap yang sedia ada – menghapuskan kerumitan mengguna pakai penyelesaian sedikit demi sedikit dari beberapa pembekal, menggunakan satu pembekal khas. Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian digital lengkap bagi industri runcit.

“Teknologi kini semakin menjadi pengupaya utama bagi sebarang perniagaan. Walaupun ketersedian yang meluas, hampir 70% daripada PKS masih tidak mempunyai kehadiran dalam talian. Sementara itu, tinjauan dari kajian dalaman mengenal pasti beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pemilik perniagaan PKS, termasuk menghabiskan terlalu banyak masa bagi jualan secara manual & pemantauan inventori, pengembangan kedai, peningkatan kos operasi dan tenaga kerja serta tidak mengetahui apa yang sebenarnya pelanggan mereka inginkan.

Oleh itu, Maxis ONERetail adalah satu penyelesaian yang ideal untuk pemilik perniagaan kerana ia mengupayakan mereka untuk memaksimumkan potensi teknologi, meningkatkan kecekapan operasi dan kekal relevan dengan pelanggan mereka,” kata Shanti Jusnita Johari, Ketua Perusahaan Maxis.

Antara penyelesaian yang ditawarkan melalui Maxis ONERetail termasuk:

  1. eCommerce : Webstore tersendiri oleh pakar-pakar digital khas, tinjauan dan analisis prestasi jualan dalam bentuk dashboard, dan perkhidmatan pemasaran digital untuk meningkatkan kehadiran dalam talian. Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menawarkan penyelesaian eCommerce yang lengkap dan menyeluruh - termasuk pembinaan webstore, pemasaran digital, dashboard dan khidmat nasihat eCommerce.
  2. Cloud POS: Perniagaan dapat mengakses laporan jualan & inventori dalam masa nyata dari satu platform dalam talian, serta membina analisis jualan & pelanggan. Platform berasaskan awan ini mengupayakan mereka untuk mengakses semua data ini pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Naik taraf perisian secara percuma dan tanpa gangguan juga termasuk dalam tawaran ini. Ia adalah satu-satunya Cloud POS di negara yang boleh digunakan dengan perkakasan sedia ada peruncit.
  3. mPOS: Terima pembayaran kad di mana-mana sahaja. mPOS juga membolehkan pelanggan mengakses laporan dalam masa nyata, menerima jumlah bayaran yang besar dengan bayaran urus niaga kad kredit yang rendah.
  4. eSMS: Dekati pelanggan yang relevan dengan memusatkan koleksi data pelanggan dan tingkatkan jumlah pelanggan ke kedai.

Pada sidang media hari ini, Maxis telah mempamerkan dua penyelesaian teras Maxis ONERetail – iaitu Cloud POS dan eCommerce - dengan maklumbalas dari pelanggan yang kini mengamalkannya dalam perniagaan masing-masing. XIXILI, sebuah jenama pakaian dalaman, telah menggunakan penyelesaian e-dagang Maxis, manakala kedai roti tempatan, Haruka Bakery, kini menggunakan penyelesaian Cloud POS Maxis.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis ONERetail, lawati www.maxis.com.my/ONERetail atau hubungi 1700-81-8881.

Archives
Tags