Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Catat Keputusan Suku Ketiga 2018 Yang Kukuh


Maxis menunjukkan prestasi yang kukuh pada suku ketiga 2018 didorong oleh pertumbuhan data yang meningkat dan keputusan positif daripada inisiatif pengoptimuman kos dan pemasaran yang agresif. Prestasi suku ketiga juga mencerminkan dinamik pasaran yang mencabar dengan persaingan harga yang intensif.

 

Maklumat Penting: Tahun-ke-tahun - Suku ketiga 2018 berbanding suku ketiga 2017:

  • Hasil perkhidmatan menurun 3.0% ke RM2,027 juta disebabkan oleh penurunan dalam Prabayar, yang tidak mengimbangi pertumbuhan perniagaan Pascabayar dan Fiber Kediaman.
  • Pascabayar terus mencatatkan prestasi baik dengan hasil meningkat 2.8% kepada RM1,025 juta, didorong oleh pertumbuhan langganan berterusan dengan ARPU yang stabil dan tinggi sebanyak RM93. Kami menambah sebanyak 250,000 langganan baharu disokong oleh permintaan yang kukuh bagi proposisi peranti kami yang inovatif dan proposisi nilai bertambah:
  • Ini sebahagian besarnya mencerminkan peningkatan dalam penggunaan telefon pintar sejajar dengan peruntukan data yang berkembang, dimana pelanggan kini menggunakan 10.7 GB secara purata (dicampur) setiap bulan, iaitu satu peningkatan sebanyak 90.9% dari suku yang sama tahun lalu. Pelaburan berterusan dalam rangkaian kami telah mewujudkan satu platform yang kukuh untuk memenuhi permintaan ini, dan kami terus mempunyai prestasi rangkaian 4G yang terunggul.
  • Hotlink Postpaid Flex telah menunjukkan pertumbuhan yang mantap dan bersama-sama dengan MaxisONE Share, terus menarik para pelanggan Pascabyar peringkat kemasukan serta pelanggan yang berhijrah dari Prabayar ke Pascabayar.
  •  Hasil prabayar menurun 10.1% kepada RM851 juta tahun-ke-tahun, mencerminkan persaingan harga yang berterusan di pasaran. Di samping itu, segmen Prabayar juga dipengaruhi oleh penyatuan SIM dan penghijrahan kepada Pascabayar. Inisiatif pemasaran yang dilaksanakan dengan baik telah membantu kami mengurangkan penurunan dalam asas pelanggan dan mengekalkan ARPU yang stabil pada RM42. Internet mudah alih kami terus berkembang, menyumbang 58.3% daripada hasil Prabayar untuk suku tersebut.
  •  Hasil Fiber Kediaman meningkat meningkat 14.3% kepada RM80 juta dan asas pelanggan meningkat kepada 202,000 suku ini. Sejak pengaturan akses baharu kami dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) diumumkan pada bulan Ogos, kami telah menerima lebih 40,000 pendaftaran bagi perkhidmatan baharu ini dari pelanggan sedia ada dan baharu yang akan dipenuhi pada bulan-bulan akan datang oleh pasukan perkhidmatan Maxperts kami.
  •  Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA) yang dinormalkan menurun 6.4% ke RM1,047 juta disebabkan oleh hasil perkhidmatan yang lebih rendah.
  • Margin EBITDA (di atas hasil perkhidmatan) kekal tinggi pada 51.7%, mencerminkan keputusan positif daripada inisiatif pengoptimuman kos.
  • Keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) yang dinormalkan menurun 7.7% kepada RM518 juta, disebabkan EBITDA yang lebih rendah.
  • Mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak lima sen sesaham.

Ringkasan Suku-ke-Suku:

  Suku ketiga 2018 (RM’juta) Suku kedua 2018( RM’juta) Suku-ke-suku (%)
Hasil perkhidmatan
2,027
2,013
0.7
EBITDA dinormalkan
1,047
1,007
4.0
PAT dinormalkan
518
480
7.9
Perbelanjaan modal
195
212
 


Inisiatif-inisiatif pada suku ini:

  •  Melancarkan pelan jalur lebar fiber baharu bagi pengguna dan perniagaan dengan kelajuan sehingga 100Mbps dan pada harga sehingga 65% lebih rendah daripada pelan yang serupa sebelumnya. Pelan baharu ini telah memperkuatkan kedua-dua proposisi tetap dan mudah alih kami dalam menyediakan penyelesaian sambungan dan bersatu yang menyeluruh.
  • Memperkenalkan program ‘keahlian telefon’ Zerolution360 yang inovatif dan unik untuk memberi para pelanggan kami kebebasan dan fleksibiliti untuk memiliki peranti dengan pengalaman dan penyelenggaraan tanpa risau, termasuk pilihan peningkatan setiap tahun.
  •  Melancarkan kerjasama eksklusif dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan pelanggan Pascabayar dan Prabayar kami diskaun yang menarik diatas tawaran Travelicious Deals, termasuk peningkatan percuma ke Kelas Perniagaan. Aplikasi kami adalah platform utama bagi program ganjaran kami, di mana pelanggan mempunyai akses kepada lebih daripada 250 tawaran untuk memuat turun, menebus dan menikmati di hujung jari mereka
  • Perniagaan Perusahaan kami tetap menjadi keutamaan, di mana kami menawarkan penyelesaian digital yang menyeluruh untuk perniagaan, untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka dan kekal relevan dengan pelanggan. Proposisi sambungan fiber 24/7 kami yang ‘Sentiasa Terhubung’ dan boleh dipercayai adalah penyelesaian yang tepat untuk perniagaan, supaya mereka boleh beroperasi dan berkembang dengan penuh keyakinan.
  • Kami membelanjakan RM195 juta dalam perbelanjaan modal pada suku ini untuk penyelenggaraan rangkaian dan pengembangan kapasiti. Kami menjangkakan penambahan pelaburan pada suku akan datang.
  • Kami terus meletakkan keutamaan yang tinggi kepada pelanggan kami seperti yang dicerminkan oleh skor kepuasan pelanggan yang tinggi iaitu +57.

 

Komen dari Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:
“Kami telah merekodkan prestasi operasi suku tahun yang baik, yang didorong oleh pertumbuhan data dan permintaan untuk tawaran inovatif kami dari pengguna dan juga perniagaan. Kami gembira dengan prestasi teras kami dan walaupun ia melampaui jangkaan kami, kami menjangkakan impak berikutan penirusan hasil borong kami, kesan cukai jualan dan perkhidmatan, pelaburan dalam tawaran fiber baharu kami dan persaingan harga yang berterusan.”

 

Komen dari Gökhan Ogut, Ketua Pegawai Operasi, Maxis Berhad:
“Pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami berusaha keras untuk memastikan penyelesaian kami kekal relevan dengan gaya hidup mereka, dan memberi nilai terbaik. Pelanggan dapat melihat komitmen kami dengan pelancaran pelan jalur lebar paling berpatutan pada suku ini. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memberi fokus dalam meningkatkan keupayaan digital menerusi program transformasi digital kami, terus memperluaskan tawaran fiber dan konvergen kami, dan mengembangkan kedua-dua liputan pasaran dan penawaran perkhidmatan dalam penyelesaian Perusahaan.”

Untuk menyaksikan video keputusan kewangan Maxis bagi suku ketiga 2018, sila klik di sini.

Archives
Tags