Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Hotlink Postpaid Flex kini menawarkan Internet sebanyak 20GB dan melancarkan persembahan eksklusif dengan Astro

 

  • Tambahan data sebanyak 10GB untuk YouTube bagi pelan Hotlink Postpaid Flex Plus pada RM60/bulan, atau tambahan data sebanyak 3GB untuk YouTube bagi pelan Hotlink Postpaid Flex With More Data pada RM40/bulan
  • Bersempena dengan pelancaran pelan yang diperbaharui, Hotlink bekerjasama dengan Astro untuk menghasilkan kandungan digital eksklusif - Big Stage Showdown!
  • Para pelanggan berpeluang memenangi baucar Astro GO Shop bernilai RM1,000

Hotlink Postpaid Flex kini telah ditingkatkan untuk menawarkan para pelanggan lebih banyak data untuk YouTube!

Pelanggan-pelanggan pelan Hotlink Postpaid Flex Plus kini boleh menikmati Internet 10GB dengan tambahan 10GB lagi untuk YouTube pada RM60 sebulan, sementara pelan Hotlink Postpaid Flex With More Data menawarkan Internet sebanyak 5GB dengan tambahan 3GB lagi untuk YouTube. Di samping itu, para pelanggan boleh menikmati panggilan tanpa had dan SMS kepada semua rangkaian dengan mana-mana pelan Hotlink Postpaid Flex, bermula daripada RM30 sebulan.

"Rakyat Malaysia suka menonton YouTube, dan pengalaman yang terbaik boleh dihayati melalui Hotlink kerana para pelanggan boleh menikmati penstriman HD yang lancar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui rangkaian 4G No.1 kami. Hotlink menawarkan pengalaman striming mudah alih No.1 menurut Google. Kini dengan kuota YouTube pelanggan-pelanggan kami dapat menikmati striming percuma tanpa risau dengan pelan Hotlink Postpaid Flex," kata Arjun Varma, Ketua Pemasaran Produk di Maxis.

Big Stage Showdown
Anda mungkin mengenali atau meminati rancangan reality nyanyian, Big Stage di Astro Ria, yang menampilkan para penyanyi YouTube yang bertanding untuk memenangi hadiah utama tunai sebanyak RM100,000. Para peserta dipilih untuk mengambil bahagian dalam rancangan tersebut berdasarkan populariti mereka di YouTube.

Bersempena dengan peningkatan pelan, Hotlink Postpaid Flex akan melancarkan rancangan Big Stage Showdown, kandungan digital eksklusif yang dihasilkan dengan kerjasama Astro. Rancangan eksklusif Big Stage Showdown akan melihat peserta-peserta musim pertama, Budak Budak Dah Up, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan Andi Beradee, bertanding dengan peserta-peserta musim kedua, Budak Baru Nak Up, Santesh, Fieya Julia dan Irfan Haris. Acara ini akan dihoskan oleh Radin Amir Effendi dan Fiza Frizzy.

Para pelanggan hanya perlu:

  1. Tontoni ketiga-tiga episod digital Big Stage Showdown di laman Facebook dan YouTube LIVE pada saluran Astro Gempak dan Hotlink. Satu episod yang disiarkan setiap hari Khamis dari pukul 9.00 malam hingga 10.00 malam, seperti berikut:
    • 29 Ogos – Episod 1
    • 5 September – Episod 2
    • 12 September – Episod 3 (episod terakhir)
  2. Dapatkan kod mingguan istimewa untuk memenangi baucar Astro GO Shop bernilai RM1,000. Tiga orang penonton akan berpeluang untuk menang setiap minggu selama tiga minggu.

 

Big Stage Showdown

 

Hotlink Postpaid Flex menguasakan pelanggan dengan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk membuat dan meningkatkan pelan pascabayar mereka berdasarkan kemahuan mereka. Ini termasuk pelbagai pakej Unlimited App dan pelbagai telefon pintar terkini bermula dari RM1 untuk pilihan mereka. Para pelanggan juga boleh menikmati kemudahan pengurusan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

Hotlink Flex Postpaid Pelan

 

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar pelan, sila layari https://www.hotlink.com.my/ms/plan/hotlink-postpaid-flex/

Untuk maklumat lanjut tentang Big Stage Showdown serta mendapati peluang memenangi baucar bernilai RM1,000, sila layari www.hotlink.com.my/BigStageShowdown

Archives
Tags