Penyumbangan Positif kepada Tenaga Kerja Teknologi Malaysia
Persatuan Bangsa-bangsa Asia Tenggara (ASEAN) sememangnya mempunyai kepelbagaian demografi dan merupakan perantauan yang berkembang pesat. Menurut Sekretariat Asia, lebih separuh daripada 630 juta penduduk ASEAN adalah di bawah umur 30 tahun, dengan kira-kira 161 juta penduduk berusia antara 15 dan 29 tahun. Apa yang lebih menarik adalah bahawa penduduk Malaysia benar-benar mewakili trend ini, kerana usia median negara adalah 29 tahun.
Tambahan pula, Malaysia sentiasa meneraju galakkan penggunaan teknologi untuk membangunkan ekonominya. Jadi, tidak hairanlah bahawa Indeks Kerja Monster terkini menyatakan bahawa terdapat permintaan yang tinggi untuk para profesional yang mahir teknologi yang bekerja merentasi industri perisian, perkakasan dan telekomunikasi di Malaysia.
Baru-baru ini Maxis telah menganjurkan pameran kerjaya dengan matlamat untuk menyokong pencari kerja muda dengan memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan syarikat telco tersebut sebagai majikan prospektif.
Pameran Kerjaya Maxis yang dianjurkan pada tarikh 6 Julai, telah direka untuk memberi pengalaman dan penyertaan imersif, dan terdiri daripada ciri-ciri menyeronokkan dan inovatif seperti wawancara jenis "speed-dating" serta pelbagai pameran yang menampilkan Maxis sebagai sebuah syarikat dan majikan.
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab yang sentiasa meneraju teknologi telekomunikasi dan digital di Malaysia, kami ingin memainkan peranan untuk menyokong pencari kerja muda dan memberi mereka peluang untuk mencari pekerjaan dengan kami agar mereka dapat menyumbang bakat kepada syarikat dan juga kepada Malaysia secara keseluruhan,” kata Tricia Lim, Ketua Bakat di Maxis.
“Kami mahu pencari kerja menyedari bahawa terdapat banyak peluang pekerjaan di Maxis dan cara bagaimana mereka dapat menyumbang kepada syarikat apabila kami beralih daripada sebuah syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih kepada syarikat komunikasi dan perkhidmatan digital konvergen,” tambahnya.
Mengakui bahawa tenaga kerja muda hari ini mempunyai pemikiran yang jauh berbeza daripada generasi graduan terdahulu, Tricia berkata Maxis memilih untuk melakukan perkara yang berbeza dengan Pameran Kerjaya ini - oleh sebab itu Maxis telah menganjurkan acara tersebut dengan cara yang menyeronokkan, interaktif dan menarik.
“Orang muda hari ini lebih menggemari pengalaman dan mereka lebih aktif berserta daripada duduk di belakang dan menerima arahan sahaja,” katanya.
Menurut Tricia, zaman di mana syarikat-syarikat meminta bakal pekerja hadir pada waktu yang ditetapkan untuk bertemu dengan jabatan sumber manusia dan eksekutif teknikalnya, mengisi borang permohonan dan menunggu proses temuduga yang panjang, telah lama tiada.
Kata Tricia, Pameran Kerjaya ini menunjukkan bahawa Maxis berfikir di luar kotak bagi mewujudkan interaksi yang membolehkan bakal pekerja untuk melihat pameran penyelesaian inovatif dan digital khas yang telah direka atau dibangunkan oleh syarikat, yang kini ditawarkan kepada para pelanggan.
“Mereka turut mengambil bahagian dalam sesi perkongsian untuk memahami matlamat dan visi Maxis bagi lima tahun akan datang. Ini membolehkan Maxis dan bakal calon-calon untuk belajar tentang satu sama lain dan melihat jikalau satu sama lain adalah bersesuaian.”
Perekrutan dan pengekalan
Salah satu cara unik yang Maxis telah berusaha untuk memaparkan di Pameran Kerjayanya adalah untuk memastikan calon-calon dapat mengalami “Maxis Way”, falsafah kerja yang khas disesuaikan untuk syarikat Maxis yang masih giat berkembang dari tahun ke tahun, kata Tricia.
“Warga kita adalah penggerak utama di sebalik kejayaan Maxis,” jelasnya. “Maxis Way direka untuk menjadikan Maxis sebagai sebuah syarikat terbaik untuk bekerja, dengan budaya pertumbuhan dan mencungkil keupayaan yang baru untuk menyokong Maxis yang digital.
“Ini termasuk perbualan dan perbincangan tentang apa yang boleh mungkin, memupuk semangat untuk terus berinovasi, tidak takut untuk menghadapi kegagalan dan mempelajari daripadanya, sentiasa ingin tahu, dan selalu mengutamakan pelanggan terlebih dahulu,” katanya.
Bagi menarik dan mengekalkan bakat muda, Tricia berkata Maxis percaya dengan sepenuh hati bahawa golongan tersebut boleh memainkan peranan besar dalam mencapai visi syarikat untuk menjadi penyedia perkhidmatan konvergen terkemuka di Malaysia. Di sinilah pengalaman yang bernilai termasuk di dalam agenda pembangunan Maxis “I Grow”.
“Kami mempunyai budaya kerja yang hebat di sini dan peluang yang diberikan kepada bakat muda adalah penting dalam mencapai visi kami. Sebagai contoh, kami menyediakan alat-alat digital berasaskan awan pekerja seperti Linkedin Learning, platform pembelajaran video dari LinkedIn, dan SmartUp, sebuah platform pembelajaran mikro untuk berkembang melalui pembelajaran kendiri.
“Di Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence) Maxis, kami merancang dan menyampaikan program dalaman yang berfokus digital untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang disesuaikan dan diperibadikan untuk pekerja di semua peringkat.”
Tricia mengatakan bahawa salah satu perkara yang terbaik tentang program-program ini adalah ianya adalah platform mudah alih yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dengan itu ia menyediakan kemudahan kepada para pekerja untuk meningkatkan kemahiran pada masa dan kadar sendiri. Mereka juga diberi peluang untuk meneroka potensi penuh mereka dengan bantuan biasiswa pascasiswazah, pinjaman pendidikan dan kursus atas talian.
Tambahan lagi, ada usaha-usaha lain seperti putaran kerja, di mana pekerja-pekerja mendapat pendedahan kepada fungsi-fungsi lain di dalam organisasi, maka mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, kata Tricia.
Selain pembangunan profesional, Maxis juga menyediakan ruang untuk para pekerjanya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna di luar kerja. Sebagai contoh, program sukarelawanan Maxis, M Squad, adalah sebuah program di mana para pekerja boleh mengambil bahagian dan menyumbang kepada inisiatif-inisiatif yang digemari mereka.
“Sukarelawan M Squad meluangkan masa mereka dalam pelbagai inisiatif-inisiatif baik, menawarkan peluang-peluang yang menarik untuk para pekerja kami mengambil bahagian dalam pelbagai program-program komuniti.”
Sementara itu, Program Move It! kami menggalakkan pekerja-pekerja melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal untuk kesejahteraan peribadi mereka. Maxis menyediakan kelas kecergasan di pejabat seperti yoga, zumba, Muay Thai dan menganjurkan aktiviti untuk seluruh syarikat seperti acara Hari Kesihatan Sedunia dan Hari Sukan.
“Selain kecergasan badan, kami menyediakan program pengayaan peribadi, seperti kelas-kelas bahasa (Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Cina dan Bahasa Perancis), kelas masakan dan kursus barista,” katanya.
Integrasi kerja dan kehidupan
Pada penghujung hari, Tricia mengatakan bahawa cara Maxis menarik golongan pekerja milenium baru adalah melalui prinsip integrasi kerja dan kehidupan, di mana syarikat cuba mewujudkan persekitaran agar para pekerja dapat mencapai matlamat pembangunan profesional dan juga peribadi mereka, tidak kira di mana pekerja tersebut berada dalam perjalanan kerjaya mereka.
“Kami mempunyai budaya terbuka di Maxis dan di bawah pasukan Pengalaman Pekerja, kami membangunkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan integrasi kerja dan kehidupan di bawah program #lifeatmaxis,” jelasnya. “Kami percaya bahawa #lifeatmaxis membolehkan pekerja gembira dan seterusnya ini membolehkan para pelanggan gembira. Inilah sebabnya kami menumpukan fokus kepada pembinaan pengalaman pekerja yang bernilai dan pembangunan warga digital di seluruh syarikat tanpa mengira skop pekerja.”