Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis catat prestasi Q1 yang teguh, menunjukkan strategi konvergen semakin mengukuh

  • Hasil perkhidmatan dasar (tidak termasuk borong) pada RM 1.9 bilion meningkat 2.8% tahun-ke-tahun didorong oleh perniagaan mudah alih yang mantap dan pertumbuhan konvergen yang konsisten
  • Pertumbuhan yang teguh dalam langganan pascabayar dan fiber, masing-masing meningkat 13.7% dan 40.0% dari tahun ke tahun mengesahkan kepimpinan Maxis
  • Komitmen untuk mendorong pembezaan dengan kepemimpinan 4G dan kesediaan rangkaian 5G memastikan prestasi rangkaian pada tahap optimum untuk memenuhi permintaan yang meningkat semasa PKP
  • Pelan BCP yang dibangunkan dengan baik untuk mengatasi cabaran Covid 19
  • Mengisytihar dividen interim pertama sebanyak 4 sen bersih sesaham

Maxis Berhad (Maxis) menyampaikan prestasi yang kukuh pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2020, didorong oleh perniagaan mudah alih yang teguh dan pertumbuhan konvergen yang mantap. Syarikat melaporkan EBITDA yang stabil walaupun prestasi teras sedikit terkesan oleh impak awal Covid-19, di samping mengekalkan kepimpinan dalam margin EBITDA di industri dan mencatat Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang sihat.

Sepanjang suku ini, segmen mudah alih terus berdaya tahan dengan pertumbuhan positif pelanggan pascabayar yang mencerminkan peningkatan penggunaan digital dan kejayaan migrasi pelanggan prabayar ke pascabayar. Langganan pascabayar meningkat 13.7% tahun ke tahun (yoy), menjadikan jumlah langganan 3.4 juta, justeru menyediakan asas lebih besar untuk ARPU yang berdaya tahan. Untuk segmen fiber, Syarikat menyaksikan pertumbuhan langganan yang baik oleh keluarga dan perniagaan kecil. Sambungan fiber meningkat 40.0% yoy membawa jumlah sambungan kepada 392k, seterusnya mengukuhkan cita-cita konvergen Maxis.

Menyokong penawaran tanpa  bimbang Maxis ini adalah rangkaian terulung 4Gnya, yang terus memberikan liputan dan kualiti terbaik. Berdasarkan Laporan Prestasi Rangkaian MCMC 2019 yang diumumkan baru-baru ini, yang mengukur prestasi akses mudah alih dan perkhidmatan jalur lebar tetap dan suara, Maxis telah mengekalkan kedudukan cemerlangnya dalam semua kriteria sebagai peneraju di antara semua penyedia perkhidmatan selama empat tahun berturut-turut.

Setahun setelah melaksanakan rancangan pertumbuhan strategik barunya, Maxis terus maju dengan momentum yang baik dan mantap ke arah cita-citanya untuk menjadi syarikat penyelesaian terpadu di Malaysia. Dalam menghadapi wabak Covid-19 kini, Maxis fokus untuk menyokong Kerajaan dan pelanggannya sambil terus memastikan kesihatan rangkaiannya bagi memenuhi permintaan dalam masa yang mencabar ini

Ulasan oleh Gökhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

“Kami mencatatkan keputusan yang baik untuk keseluruhan Q1 walaupun dilanda kesan awal Covid-19. Kami terus menerajui pasaran mudah alih dan meraih pertumbuhan kukuh dalam segmen fiber, mengesahkan momentum mantap ke arah cita-cita konvergen kami. Untuk perniagaan Perusahaan kami, suku ini menyaksikan jalinan kerjasama yang kuat yang membolehkan kami menawarkan penyelesaian baru dan memberikan lebih banyak nilai kepada perniagaan di Malaysia. Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan keadaan Covid-19 akan berolah dan kami akan terus menilai kesannya terhadap operasi kami. Maxis mempunyai fundamental yang kukuh untuk mengatasi masa yang mencabar ini dengan rancangan BCP yang dikembangkan dengan baik, malah telah dilaksanakan selama beberapa tahun. Buat masa ini, keutamaan kami adalah kesihatan dan keselamatan pekerja, dengan pekerja barisan depan Maxis bertugas 24/7 untuk memastikan bahawa pengguna dan perniagaan mempunyai kesalinghubungan dan ketersediaan perkhidmatan tanpa gangguan selama tempoh ini.”

Sorotan kewangan Q1 tahun-ke-tahun (yoy) – Q1 2020 vs Q1 2019

  • Hasil perkhidmatan yang teguh tidak termasuk borong pada RM1,928 juta, pertumbuhan 2.8% berbanding RM1,876 juta yang dicatatkan pada Q1 2019. Ini disumbangkan oleh pertumbuhan perniagaan pascabayar dan fiber yang kuat, diimbangi oleh penurunan dalam prabayar dan pengurangan Kadar Penamatan Mudah Alih (MTR) yang berkuatkuasa bagi seluruh industri
  • Kepemimpinan pascabayar yang berterusan dengan hasil tidak termasuk borong menokok 4.7% menjadi RM972 juta daripada RM928 juta pada Q1 2019. Suku tersebut menyaksikan penghijrahan prabayar ke pascabayar yang berterusan berikutan pelanggan mengambil tahap nilai yang lebih tinggi terutamanya Hotlink Postpaid Flex dengan peningkatan sambungan bagi setiap akaun. Langganan meningkat 13.7% yoy menjadikan jumlahnya 3.4 juta. APRU pascabayar menurun kepada RM86 daripada RM92, mencerminkan pengurangan MTR, kesan awal Covid-19 dan kesan pencairan dari Hotlink Postpaid Flex.
  • Segmen prabayar mengalami cabaran yang lebih besar pada suku ini. Selain daripada penggabungan SIM yang berterusan, migrasi dari prabayar ke pascabayar dan pengurangkan MTR, kesan awal Covid-19 mula dirasai. Hasil prabayar adalah 10.4% lebih rendah pada RM714 juta berbanding RM797 juta yang dicatatkan pada Q1 2019. Namun demikian, dengan pelaksanaan saluran digital yang efektif untuk tambah nilai, ARPU prabayar tetap stabil pada RM39 sebulan jika dibandingkan dengan RM40 pada Q1 2019.
  • Permintaan untuk data meningkat dengan pesat terutama dari 18 Mac ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelanggan kami menggunakan rata-rata 16.8 GB data setiap bulan secara campuran selama suku tersebut, 43.6% lebih tinggi daripada Q1 2019. Walaupun penggunaan data purata meningkat di semua perkhidmatan Fiber Kediaman, prabayar dan pascabayar semasa PKP, ini tidak semestinya membawa peningkatan hasil memandangkan peningkatan tersebut sudah pun termasuk dalam plan sedia ada pelanggan, manakala yang lainnya berdasarkan tambah nilai.
  • Momentum positif yang berterusan dalam fiber, dengan pertumbuhan 40.0% dalam sambungan yoy, menjadikan jumlah keseluruhan 392k. Pengambilan ini didorong oleh penerapan MaxisONE Prime yang kuat, menghasilkan ARPU yang mantap dari pakej fiber selaju 300, 500 dan 800 Mbps. Sambungan fiber rendah sedikit pada suku ini pada 23k berbanding 31k pada Q1 2019 kerana penangguhan pemasangan akibat PKP.
  • EBITDA dinormalisasi kekal sihat pada RM920 juta, 3.5% lebih rendah daripada RM953 juta yang dicatatkan pada Q1 2019. Berikutan itu, PAT dinormalisasi untuk suku ini 10.9% lebih rendah pada RM360 juta berbanding RM404 juta pada Q1 2019. Penurunan ini disebabkan oleh kehilangan perniagaan borong dan kemerosotan nilai yang lebih tinggi dibuat kepada penghutang setelah Syarikat menyemak semula kadar kerugian yang dijangkakan oleh pandemik Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi di seluruh dunia yang menyebabkan peningkatan risiko kredit yang ketara.
  • Margin EBITDA yang dinormalisasi atas hasil perkhidmatan tetap tinggi pada 47.4% berbanding 48.9% pada Q1 2019.
  • Operasi aliran tunai bebas meningkat 26.2% kepada RM713 juta berbanding RM565 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh peningkatan produktiviti dan pengurusan modal kerja.
  • Mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 4 sen bersih sesaham, untuk suku tersebut,yang mewakili nisbah pembayaran dividen sebanyak 87%. Syarikat mengambil pendekatan yang berhemah untuk memastikan ia terus memiliki kemampuan untuk mengembangkan perniagaan sesuai dengan strategi konvergennya dan melabur dalam rangkaiannya memenuhi lonjakan permintaan.

Sorotan utama untuk Q1 2020

  • Memacu konvergen dan mengembangkan perniagaan Perusahaan:
    • Kerjasama dengan Microsoft untuk mempercepat penyerapan penyelesaian digital inovatif untuk perniagaan yang menawarkan panggilan nombor tetap dengan Microsoft Teams Unified Communications, yang membolehkan panggilan suara dari mana-mana tempat pada bila-bila masa di pelbagai peranti.
    • Bekerjasama dengan OPPO untuk mengupaya pemilik perniagaan di pelbagai industri dengan penyelesaian dan perkhidmatan mobiliti perniagaan terkini termasuk ‘5G-Ready Masterclass’ yang dirancang untuk membantu PKS dengan peralihan yang lancar ke era 5G apabila rangkaian tersedia.
  • Mengekalkan kepimpinan rangkaian 4G dan memastikan rakyat dan perniagaan sentiasa terhubung semasa PKP:
    • Maxis membelanjakan RM163 juta capex pada Q1 untuk pelaburan berterusan dalam kapasiti rangkaian untuk menyokong pertumbuhan trafik data, pelaburan dalam pertumbuhan Fiber Kediaman dan Perusahaan.
    • Dengan telekomunikasi menjadi perkhidmatan penting kepada orang ramai, Maxis terus memastikan bahawa prestasi rangkaiannya juga terjaga dan dipertingkatkan di sekitar lokasi kritikal. Peningkatan trafik yang ketara untuk kedua-dua rangkaian tetap dan mudah alih telah memberi tekanan pada rangkaian terutama pada waktu puncak. Dalam memenuhi permintaan data yang meningkat semasa MCO, Maxis mengambil inisiatif berikut:
      • Menambah kapasiti yang cukup besar dari rakan fiber kami dan gerbang Internet antarabangsa.
      • Meningkatkan penambahbaikan tapak sebanyak 100% dan mempercepat pelancaran kapasiti.
      • Pengoptimuman rangkaian yang berterusan untuk melengkapkan pelaksanaan rangkaian untuk memastikan bahawa pelanggan menikmati pengalaman berkualiti terutama untuk aplikasi yang biasa digunakan.
    • Menyokong Kerajaan, pelanggan dan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kesalinghubungan dan komunikasi kritikal yang sangat diperlukan semasa PKP:
      • Memastikan pelanggan dapat menghubungi perkhidmatan Maxis dari rumah melalui aplikasi, kios layan diri 24 jam dan pusat panggilan penjagaan pelanggan.
      • Data percuma untuk pelanggan prabayar dan pascabayar, serta langganan percuma untuk alat kerjasama perniagaan penting untuk perusahaan. Selain itu, Maxis telah menghapus caj data untuk lawatan ke laman web kritikal, sementara semua panggilan ke agensi penting termasuk Kesediaan Krisis dan Jabatan Kesihatan Negeri adalah percuma.
      • Akses percuma dan penggunaan data tanpa had di portal eKelas untuk membolehkan pembelajaran jarak jauh berterusan untuk pelajar dari masyarakat luar bandar.
      • Menyokong Kementerian Kesihatan dengan keperluan kesalnghubungan untuk Hospital Sungai Buloh dan Kuala Lumpur.
      • Bekerjasama dengan penggiat dan artis Malaysia untuk menyebarkan mesej positif dengan kempen #KitaSapotKita.
Archives
Tags