Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis perluas keupayaan canggih penyelesaian Enterprise dengan pengambilalihan Audeonet

Maxis perluas keupayaan canggih penyelesaian Enterprise dengan pengambilalihan Audeonet
  • Sejajar dengan cita-cita syarikat untuk menjadi penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, Maxis mengumumkan perjanjian pengambilalihan kedua untuk tahun 2020

  • Pengambilalihan Audeonet (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang mahir dalam penyelesaian dan kepakaran komunikasi terpadu, adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maxis Business untuk membina keupayaan dan kemampuan bakat

  • Penyelesaian dan penawaran perkhidmatan baru akan membolehkan komunikasi dan kolaborasi yang lebih efisien untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dalam keadaan norma baru

  • Menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis, melalui Maxis Business mempercepat cita-citanya untuk menjadi Syarikat Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia dengan memperluas penyelesaian suara dan penyelesaian komunikasi bersatu (UC) sebagai komitmen berterusan untuk membangun keupayaan dan kemampuan bakat dalam penyelesaian moden untuk Perusahaan. Portfolio baru ini didorong oleh keperluan perusahaan untuk berkolaborasi dengan lebih besar dalam norma baru.

Peningkatan keupayaan ini adalah hasil pengambilalihan syarikat penyelesaian awan dan suara UC tempatan, Audeonet (M) Sdn Bhd yang mempunyai bakat professional yang pakar. Audeonet ditubuhkan pada tahun 2002 dengan pasukan profesional IT yang berkemahiran tinggi yang menyokong pelaksanaan penyelesaian mereka secara menyeluruh, termasuk pemasangan, sokongan teknikal, kerja-kerja pemasangan kabel, latihan atau perkhidmatan penyelenggaraan lanjutan. Rekod prestasi mereka yang terbukti telah mendorong pertumbuhan syarikat yang stabil selama bertahun-tahun.

Pengintegrasian Audeonet ke dalam Maxis merupakan pengambilalihan kedua syarikat tersebut, selepas kejayaan memgambilalih Infrastructure Consulting & Managed Services (ICMS), sebuah syarikat Microsoft Gold Partner dan penyelesaian awan pada awal tahun ini.

"Tenaga kerja moden sudah berubah secara drastik bahkan sebelum COVID-19. Kerja jarak jauh menjadi pendekatan utama, dan menjadikan kolaborasi dan komunikasi yang berkesan sebagai asas perniagaan untuk menjadi produktif. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Audeonet. Kepakaran teknikal mereka dan perkongsian utama dengan penyedia suara di premis dan telefoni Awan akan memperkukuhkan perkhidmatan dan penawaran kami untuk pelanggan perusahaan. Ini sejajar dengan strategi konvergen yang lebih meluas dan komitmen kami untuk membawa teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Pengembangan kemampuan UC dan suara Maxis akan memberi akses kepada pelanggan perusahaannya ke rangkaian penawaran produk terkemuka industri dan meningkatkan transformasi digital mereka untuk persekitaran kerja yang produktif, di premis mahupun jarak jauh, dengan kos yang menjimatkan.

Pengambilalihan ini akan menjadikan Maxis Business sebagai pengedar eksklusif Deltapath di Malaysia. Deltapath adalah penyedia global penyelesaian sistem telefoni Internet Protocol (VoIP). Maxis Business juga akan menjadi Penjual Emas Lifesize, menawarkan penyelesaian konferens video 4k berasaskan Awan.

Penyelesaian baru ini akan digabungkan dengan penawaran Maxis Business semasa dan disampaikan melalui rangkaian mudah alih dan tetap 4G terpadu di Malaysia untuk menyampaikan teknologi inovatif sambil memberikan pengalaman rangkaian tanpa rasa bimbang.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Maxis dan Audeonet, nilai transaksi pemerolehan tidak dinyatakan.

Archives
Tags