Maxis terus memacu penggunaan awan dengan penyelesaian Apple dan Cisco
- Maxis membantu organisasi meningkatkan produktiviti pekerja dan memacu nilai serta kelebihan daya saing melalui penggunaan teknologi awan yang berpatutan dan penyelesaian dari Apple dan Cisco
- Pelanggan perniagaan Maxis dapat memanfaatkan pengoptimuman WiFi, analisis dan kepentingan prestasi rangkaian (Cisco Fast Lane) dengan peranti berkemampuan iOS melalui Cisco Meraki Access Points dengan rangkaian tanpa wayar dan berwayar dengan cara yang selamat
- Sejajar dengan cita-cita Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian ICT terkumpul di Malaysia untuk Perusahaan, Kerajaan dan PKS
Kemajuan teknologi yang semakin pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menghasilkan peranti mudah alih yang dilengkapi dengan fungsi yang lebih pelbagai, terutama untuk penggunaan dalam persekitaran kerja yang semakin terenggang dan berjarak jauh. Dalam dunia data dan semakin banyak penggunaan awan, banyak aplikasi berjalan serentak pada jalur lebar yang sama, menjadikan rangkaian organisasi sering mengalami tekanan yang lebih besar untuk menampung pelbagai fungsi dan peranti.
Untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi ini, Maxis telah melancarkan aplikasi dengan pengalaman suara terbaik untuk pengguna iOS rangkaian syarikat melalui kerjasama Apple dan Cisco. Pelanggan perniagaan Maxis kini dapat memanfaatkan pengoptimuman WiFi pada peranti iOS melalui Cisco Meraki Access Point secara tanpa wayar dan berwayar, dengan mudah dan selamat. Teknologi inovatif dan penyelesaian digital ini disampaikan oleh rangkaian gabungan Maxis yang terunggul dalam pasaran.
“Keadaan norma baharu ini telah memperkuat peranan penting teknologi dalam perniagaan, terutama dengan tenaga kerja yang semakin tersebar dan berjarak. Dalam landskap ini, kolaborasi kami dengan Cisco dan Apple membolehkan organisasi memacu nilai dan kelebihan daya saing, dan menggunapakai teknologi awan yang berpatutan di rangkaian gabungan terunggul kami yang memastikan pengalaman tanpa bimbang dapat dinikmati sebagai perkhidmatan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.
“Bekerjasama dengan Maxis, Cisco berbesar hati mengambil bahagian dalam penyelesaian awan yang inovatif ini untuk membantu perniagaan berkembang dalam dunia yang semakin didorong secara digital. Ini sejajar dengan matlamat utama Cisco Meraki untuk mencipta penyelesaian yang lebih bijak, meningkatkan keseluruhan pengalaman IT, memudahkan penggunaan dan pengurusan serta mewujudkan pengalaman digital yang menarik,” kata Nicola Gerber, Pengarah Urusan, Cisco Meraki.
Cisco Fast Lane
Fungsi Cisco Fast Lane mengintegrasikan teknologi terkini Cisco dan iOS, iPadOS dan macOS untuk perniagaan bersalinghubung dengan lancar di mana jua, menhubungkan rangkaian perusahaan untuk kerjasama yang lebih baik. Dengan Cisco Fast Lane, eksklusif untuk iOS, pengurus IT juga dapat mengoptimum dan mengutamakan trafik rangkaian melalui tetapan QoS, memastikan setiap pengguna mendapat manfaat sepenuhnya dari infrastruktur WiFI mereka dengan pengalaman berkualiti tinggi.
Pengotimum WiFi dan Analisis
Penyelesaian ini juga menawarkan fungsi pengoptimum WiFi untuk peralihan pantas di antara Access Points pada bila-bila masa, di mana sahaja di bawah Rangkaian Peribadi Maya (VPN) organisasi. Sensor memberikan pemahaman rangkaian jarak jauh yang lebih pantas bagi menyelesaikan masalah yang bakal timbul. Pada masa yang sama, ini akan mempermudah dan mengautomasikan konfigurasi rangkaian untuk mengoptimumkan perayauan pelanggan dan mengutamakan trafik mudah alih yang menyokong pekerja bekerja secara jarak jauh.
Perkongsian Maxis-Cisco sebelumnya membuahkan SD-WAN untuk perniagaan, teknologi rangkaian generasi seterusnya yang memudahkan pengurusan, penyebaran dan pentadbiran keperluan rangkaian organisasi. Ini membolehkan tugas-tugas operasi seperti konfigurasi, pengurusan dan penyelenggaraan dipermudahkan dengan ketara. Perniagaan dapat memperoleh keuntungan dari pemerhatian yang lebih jelas dan pengurangan kos dengan memilih untuk menggunakan pilihan salinghubungan yang lebih menjimatkan kos melalui pelbagai penyelesaian rangkaian dari Maxis.