Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis bekerjasama dengan PBSM untuk menyokong program vaksinasi bergerak

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme
  • Kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) untuk menggerakkan inisiatif vaksinasi dari rumah ke rumah dan tajaan untuk panggilan Hotline
  • Tajaan makanan kepada sukarelawan di PPV Stadium Bukit Jalil
  • Majoriti pekerja Maxis telah daftar untuk vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dengan lebih 600 yang didaftar di bawah program Selvax

Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk mempercepatkan usaha vaksinasi di negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Maxis telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk menyokong program vaksinasi bergerak PBSM.  

Maxis telah menyumbang dana untuk menampung pelaksanaan inisiatif vaksinasi bergerak, yang merangkumi penyesuaian kenderaan, ambulans, peralatan perubatan dan tenaga kerja. Selain itu, Maxis juga menyediakan talian Hotline PBSM melalui tajaan mudah alih Hotlink Unlimited yang disertakan dengan internet bulanan. 

“Inisiatif klinik bergerak ini sejajar dengan matlamat PBSM untuk memberi bantuan penjagaan dan pertolongan kepada mereka di kalangan golongan berisiko dan rentan. Program ini sememangnya tepat dengan objektif PBSMiaitu untuk tidak meninggalkan sesiapa dalam segala usaha kami. Memastikan golongan rentan sentiasa dilindungi dari virus adalah satu keperluan kemanusiaan,” kata Yang Teramat Mulia Dato' Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pengerusi Kebangsaan PBSM. 

“Sesungguhnya kami menyokong penuh usaha vaksinasi bergerak PBSM yang dapat menjangkau lebih ramai golongan rentan dan mereka yang mengalami kesukaran bergerak untuk mendapatkan vaksin. Pada masa yang sama, kami juga ingin membantu pasukan barisan hadapan yang telah mengorbankan masa dan menghadapi risiko nyawa dalam menjalankan tugas mereka. Di Maxis, kami percaya bahawa kita semua perlu bekerjasama untuk mengatasi wabak ini, dan kami komited untuk memainkan peranan dalam membantu negara,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.  

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Program vaksinasi bergerak PBSMadalah sebahagian daripada inisiatif klinik bergerak di bawah PICK yang membawa vaksin COVID-19 kepada komuniti yang memerlukan bantuan  di Lembah Klang, termasuk masyarakat luar bandar, individu terlantar, Orang Asli, serta golongan yang tidak berumah,  tanpa kewarganegaraan / tanpa dokumen dan pendatang. 

Selain usaha dengan PBSM tersebut, Maxis juga telah menyumbang makanan kepada para sukarelawan salah satu pusat pengedaran vaksinasi sebagai tanda menghargai usaha berani mereka yang tampil ke hadapan dan berdedikasi menyumbangkan masa untuk menolong dalam situasi yang mencabar ini.

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Manakala Maxis sebagai majikan juga menyokong pengambilan vaksin sebagai tanda komitmen dalam melindungi pekerjanya dan memastikan tempat kerja yang selamat. Di bawah inisiatif memvaksinasi para pekerja Maxis iaitu #VaccinateTogether, lebih dari 95% pekerja syarikat tersebut telah mendaftar untuk menerima vaksin di bawah PICK dan pelbagai inisiatif lain. Semua pekerja Maxis juga diberi cuti tambahan untuk tujuan vaksinasi. Sementara itu, lebih daripada 600 pekerja Maxis dan ahli keluarga terdekat terdekat juga telah menerima suntikan pertama mereka di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya mulai 18 Julai 2021 dan dari klinik panel di luar Lembah Kelang yang dilantik dari 1 Ogos 2021, di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax).

Archives
Tags