Maxis beri inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk raikan kesihatan sebagai keberkatan Tahun Baru Cina ini
- Filem perayaan Maxis, Little Lion memberikan pandangan introspektif terhadap kepentingan nilai kekeluargaan di sebalik tahun yang amat luar biasa
- Ikut serta dalam kempen melalui peraduan di media sosial #MaxisHealthytoHuat yang diilham oleh Tarian Singa dan berpeluang memenangi telefon bimbit 5G
- Ganjaran dan tawaran istimewa untuk pelanggan Maxis, Hotlink, Hotlink Postpaid dan Maxis Business bersempena Tahun Baru Cina
Pada masa yang mencabar ini, Maxis tetap komited untuk menyokong keperluan negara dan pelanggan dengan pelbagai inisiatif. Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Maxis raikan pesanan yang membawa inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap kepentingan kesihatan dan nilai kekeluargaan pada masa ini.
Kemakmuran keluarga sejati membawa makna yang berbeza, seperti yang digambarkan dalam filem perayaan Maxis, Little Lion. Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, yang bercita-cita menjadi penari tarian singa yang terkenal dalam kumpulan tarian singa keluarganya, kecewa apabila ahli keluarganya lebih sibuk dengan tugas harian dan bukannya Latihan, apatah lagi ketika dalam kekangan pandemik yang menyebabkan kekurangan tempahan persembahan. Namun, budak lelaki tersebut mendapat pengajaran bahawa kekayaan dan kemasyhuran bukanlah segalanya – yang paling penting, keluarga tetap sihat bersama.
“Mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, keutamaannya telah berubah sejak kebelakangan ini. Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia perspektif yang berbeza dan makna sebenar perayaan yang sering kali diabaikan – kesihatan diri dan orang yang sayangi. Kesihatan bersama adalah harta yang paling berharga bagi sebuah keluarga. Dalam perayaan tahun ini, lebih-lebih lagi ketika kita mengharungi pandemik COVID-19, Maxis komited untuk membolehkan rakyat Malaysia untuk Terus Menerajui dan tetap sihat bersama melalui kesalinghubungan digital dan media sosial,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis.
Seni ‘Healthy to Huat’
Maxis menjemput keluarga di Malaysia untuk mejadi aktif dan sihat bersama di media sosial, melalui aktiviti Tahun Baru Cina yang menyeronokkan, dan diilhamkan oleh pergerakan tarian singa. Pencipta kandungan, Shaine, Audrey Ooi, Jestinna Kuan, Jorise Lee dan Joe Chang, akan menunjukkan lima gerakan dalam video di media sosial. Dalam semangat perayaan, peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia:
- Peserta perlu merakam video diri bersama ahli keluarga atau kawan melakonkan salah satu atau semua kelima pergerakan ini dengan kreatif sekali:
- The Horse Stance
- The Lion Leaps
- The Lion's Drum Beat
- The Lion Stands Tall
- The Lion's Strike
- Muat naik seberapa banyak video di Facebook Maxis dengan hashtag #MaxisHealthytoHuat.
- Peserta dengan video yang menunjukkan kelima-lima gerakan secara paling kreatif berpeluang memenangi telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G, bernilai RM7,999. Video tersebut mesti dirakam dengan ahli keluarga atau kawan, dan mesti dimuat naik menggunakan hashtag #MaxisHealthytoHuat yang betul. Terdapat 15 telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G untuk dimenangi.
Lebih banyak promo Tahun Baru Cina untuk dinikmati
Selalunya, Maxis dan Hotlink ingin memberi ganjaran kepada pelanggannya dengan lebih banyak promosi dan nilai hebat sempena Tahun Baru Cina:
Tawaran & Promo | Butiran |
HotlinkMU CNY Promo | Pelanggan boleh membeli promo HotlinkMU dengan tawaran GB menarik dari 7-28 Feb! |
Hotlink Postpaid – Telefon pintar baru dari RM1! | Pelanggan yang mendaftar dengan Hotlink Postpaid boleh membeli Vivo Y12s, Realme C12 atau Vivo Y20 baru dari RM1, mulai sekarang hingga hujung Februari. |
Hotlink 牛牛康乐庆丰年 (Hotlink Health & Wealth Ox Year) |
Ikuti dua episod livestream CNY dengan influencer terkenal, Jo Mama dan Harry Pang, meneroka tema kekeluargaan, kesihatan dan nasib (zodiac). Saksikan Jo Mama mengajar Harry cara untuk memasak dua hidangan CNY yang enak dan sihat. · Tarikh Strim: 11 Feb 2021 · Masa Strim: 9:30 Malam Strim di halaman Facebook Hotlink + “Jo妈妈饭团之家” Facebook |
Promo Maxis peranti untuk RM1 RM1 | Pelanggan Maxis Postpaid boleh membeli telefon baru dengan harga RM1 apabila mereka mendaftar talian tambahan. Tawaran ini berterusan. |
Maxis Fibre Samsung TV | Pelanggan Maxis Postpaid boleh membawa pulang TV Samsung 4K 65” daripada RM1/bulan apabila mereka mendaftar untuk Maxis Fiber 800Mbps dari RM299/bulan, sementara stok masih ada. |
Ganjaran aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid | Pelanggan dapat menikmati hadiah khas e-baucar GrabFood dan Lazada bernilai RM10 pada aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid pada 12 Feb, sementara stok masih ada. |
Promo Maxis Business Peranti Percuma | Pelanggan Maxis Business Postpaid boleh mendapat telefon pintar baru secara percuma apabila mereka mendaftar talian tambahan, mulai sekarang hingga 4 Mac. |
Untuk mengetahui langkah-langkah menyertai peraduan di media sosial dan menonton filem Little Lion, sila layari https://www.maxis.com.my/healthytohuat/.
Untuk maklumat lanjut tentang promo dan tawaran, sila layari www.maxis.com.my atau www.hotlink.com.my.