Rangkaian Menyeluruh Maxis berjaya capai kelajuan hampir 10Gbps
- Percubaan pertama Maxis untuk menggunakan 10 Gigabit Passive Optical Network (GPON) tecknologi FTTH melalui rangkaian fiber-ke-kediaman secara langsung.
- 10G PON bakal menjana evolusi teknologi akan datang, menggantikan GPON sebagai kesalinghubungan jalur lebar fiber terpantas
- Percubaan secara langsung selari dengan komitmen Maxis untuk memperkasakan rakyat dan perniagaan Malaysia untuk bersalinghubung, bila-bila masa, di mana jua, untuk semua
Maxis telah berjaya dalam percubaan teknologi 10G PON (Gigabit Passive Optical Network), dengan capaian kelajuan muat turun hampir 10Gbps melalui rangkaian fibre-ke-kediaman (FTTH). Percubaan yang dijalankan di Menara Maxis itu telah menunjukkan hasil muat turun video 1GB dalam masa kurang dari satu saat, berbanding kira-kira 23 saat pada kelajuan muat turun GPON 300Mbps.
“Infrastruktur rangkaian kini semakin berkembang. Dengan peningkatan perkhidmatan baharu seperti pengkomputeran awan, VR, AR, dan juga kampusfiber-penuh (full-fibre), peningkatan rangkaian kapasiti tinggi kritikal bagi menyokong keperluan lebar jalur masa depan. Kami teruja dengan pencapaian ini yang mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi teknologi terbaik dalam dunia yang sentiasa bersalinghubung, serta aspirasi kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia kami,” kata Rob Sewell, Ketua Pegawai Strategi Teknologi Maxis.
Kebanyakkan penggunaan fiber pada masa ini mengunakan teknologi GPON yang menyokong sehingga 2.5Gbps kelajuan hiliran secara perkongsian. Teknologi 10G PON merupakan teknologi rangkaian optik pasif terpantas untuk menyediakan kesalinghubungan fiber dengan kelajuan Gbps lebih pantas berbanding teknologi GPON biasa yang sedia ada di Malaysia.
10G PON untuk fiber kediaman masa depan akan menyediakan gigabit jalur lebar-ultra untuk pengguna akses tetap. Penyelesaian rangkaian ini membolehkan berbilang pengguna berkongsi kapasiti melalui infrastruktur gentian optic pasif, di mana gentian kepada pengguna individu bercabang daripada gentian tunggal yang berjalan ke nod rangkaian. Dengan lebar jalur yang semakin meningkat, pengguna boleh menjangkakan kelajuan muat turun yang lebih pantas dan kependaman yang lebih rendah, menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih dipertingkatkan.