Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis diiktiraf majikan pilihan, bukti keteguhan budaya kerja yang sihat

Champion in Telecommunication Graduates Choice Awards
  • Maxis juara Graduates’ Choice Award 2021/2022, dan naib juara M100 Leading Graduate Employers Awards 2021
  • Kejayaan bukti keteguhan budaya kerja Maxis dalam pembelajaran beterusan dan komitment terhadap penglibatan bakat
  • Komited untuk membina organisasi cekap dan bertaraf dunia melalui program berfokuskan warga kerja

Berpegang kepada warga kerja sebagai assetnya yang bernilai, Maxis sentiasa berusaha untuk menyerlahkan potensi warga kerja melalui nilai dan budaya syarikat. Budaya pembelajaran berterusan Maxis, kampus bakat muda, penglibatan bersama rakan kongsi dan inisiatif penglibatan yang kukuh telah membawa dua pengiktirafan terbaru bagi kategori telekomunikasi – Juara dalam Graduates’ Choice Award 2022 dan naib juara dalam M100 Leading Graduate Employers Awards 2021.

“Di Maxis, budaya kerja adalah teras utama yang menjadi panduan dalam kami mengasah bakat baru. Sejajar dengan itu, kami amat berbesar hati terpilih sebagai majikan terkemuka di negara ini, yang juga menjadi bukti keberkesanan budaya Maxis Way 2.0 dalam membangunkan bakat berpotensi tinggi dan yang sedia ada. Dalam komitmen kami untuk membina organisasi yang cekap dan bertaraf dunia, kami akan terus menyediakan peluang pekerjaan yang bermakna bagi warga kerja kami, dan meningkatkan kemahiran mereka untuk menyokong digitalisasi Maxis,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.

Graduates’ Choice Award menyaksikan penyertaan 23,000 mahasiswa Malaysia daripada lebih 100 universiti swasta dan awam bagi proses pengundian Majikan Siswazah Pilihan Graduan 2022. Maxis menjuarai kategori telekomunikasi dan tempat ketujuh secara keseluruhan, diiringi oleh Google, Intel, Maybank, Microsoft, Intel dan lain-lain.

Begitu juga bagi M100 Leading Graduate Employers Awards 2021 yang diundi oleh beribu pelajar dari university tempatan melalui tinjuan M100, bagi berkongsi keperluan mereka bagi pekerjaan pertama. Maxis juga telah mengukuhkan kedudukannya, dengan menjadi naib juara dalam kategori telekomunikasi.

Untuk memastikan waga kerjanya bersedia untuk perubahan masa depan, dan terus menerajui, Maxis juga mempunyai program biasiswa, latihan amali serta program graduan berfokus pada bakat muda dan wanita dalam Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) serta keupayaan kepimpinan dan berinovasi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari maxis.com.my/career, atau halaman Linkedin Maxis.

#7 Overall Ranking Graduates Choice Awards
First Runner-Up Telecommunications Graduates Choice Award 2021
Archives
Tags