Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Menghubungkan Rangkaian Malaysia

Happy World Telecommunication and Information Society Day 2022 (Presentation (16:9))

Pandemik COVID-19 yang tercetus dua tahun lalu telah menggerakkan gaya hidup dalam talian dan mempercepatkan pendigitalan untuk individu dan perniagaan. Salinghubungan menjadi penting bagi semua, dengan pelajar bergantung pada internet untuk menghadiri kelas dalam talian; pekerja mula bekerja dari rumah; serta usahawan mengguna pakai perniagaan digital untuk mengekalkan operasi mereka dalam persekitaran yang kompetitif.

Untuk meraikan rangkaian komuniti yang penuh kepelbagaian dan keperluan yang berbeza dan unik, Maxis telah melancarkan kempen “Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia” pada bulan Februari. Kempen ini sebahagian daripada komitmennya untuk membantu rakyat Malaysia bersalinghubung dalam setiap cara, pada setiap masa, untuk semua masyarakat. Selama lebih dua dekad, sebagai jenama tempatan Malaysia, Maxis telah melabur dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menghasilkan rangkaian komuniti yang kukuh dan konvergen, serta paling luas di negara. Kempen ini mewakili pengukuhan yang mendalam kea rah tujuan jenama, Terus Menerajui, didorong oleh evolusi syarikat daripada penyedia telekomunikasi mudah alih menjadi pakar salinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan penyelesaian untuk setiap segmen, termasuk warga emas, dikuasakan oleh rangkaian 4G dan liputan fiber terkemuka, serta inovasi 5G terbaik.

Maxis mengutamakan pelanggannya – terutamanya ketika dunia kian berubah. Dengan pantas, syarikat telko ini telah membantu membimbing pelanggan, terutamanya warga emas, semasa penamatan rangkaian 3G. Latihan yang dilaksanakan oleh semua penyedia telekomunikasi itu sebahagian daripada pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kerajaan untuk menyediakan pengalaman 4G yang lebih pantas dan berkualiti. Maxis, melalui kempen Balas Budi dengan 4G, mengalakkan pengguna 4G sedia ada untuk membantu ibu bapa, keluarga dan rakan menaiktaraf peranti 4G dengan cepat, termasuk cara mereka boleh mendapat akses mudah kepada peranti 4G.

Maxis kekal komited untuk menyokong negara melalui kesalinghubungan, serta kempen dan program yang mampan dan memperkasakan, seperti eKelas dan eKelas Usahawan untuk membina masyarakat digital yang inklusif. Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di negara ini, Maxis kekal komited kepada tujuan jenamanya untuk mengumpulkan teknologi terbaik bagi membolehkan rakyat, perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang kian berubah.

Archives
Tags