Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis terus mengupaya pendigitalan komuniti B40

Refurbished devices for Sarawak's B40 women
  • Sumbangan peranti diberikan melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS)
  • Sumbangan meupakan sebahagian daripada komitmen Maxis kepada inisiatif #MyBaikHati
  • Maxis komited untuk membolehkan komuniti memanfaatkan teknologi dan Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis telah menyalurkan sumbangan komputer dan komputer riba yang telah diperbaharui kepada beberapa komuniti B40 di Sarawak, melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dalam usahanya untuk membantu pendigitalan komuniti di seluruh Rangkaian Malaysia.

Melalui sumbangan ini, penerima terpilih daripada komuniti B40 termasuk Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Kelab Carnation Bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak Women for Women Society dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak, akan dapat menyertai eKelas Usahawan, program pemasaran digital Maxis yang melengkapkan usahawan wanita dengan kemahiran asas pemasaran digital dan memperkasakan mereka untuk mempunyai kehadiran digital yang lebih kukuh.

“Keupayaan untuk memanfaatkan teknologi penting terutamanya dalam persekitaran pasca pandemik ini, tetapi tidak setiap keluarga mampu untuk memiliki peranti. Maxis berbesar hati dapat menyalurkan sumbangan kami dalam membolehkan lebih ramai komuniti bersalinghubung dan menyertai program seperti eKelas Usahawan kami,” kata Bhaarathyraja Thanapal, Ketua Wilayah Malaysia Timur Maxis.

“JWKS sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang menyediakan ekosistem digital agar wanita serta keluarga memperoleh kemahiran dan akses kepada peranti yang sesuai. Hal ini penting supaya golongan wanita di negeri ini mampu menyumbang secara aktif dalam pembangunan yang dipacu oleh ekonomi digital. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Maxis atas sumbangan peranti yang diberikan, yang pasti sangat membantu wanita ini," kata Norita binti Bawi, Pengarah, JWKS.

Refurbished devices for Sarawak's B40 women

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen Maxis kepada #MYBaikHati, program penyumbangan peranti yang telah diperbaharui peringkat kebangsaan untuk diedarkan kepada komuniti yang memerlukan, difasilitasi oleh industri telekomunikasi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Di bawah #MYBaikHati, Maxis telah mengedarkan lebih 420 komputer dan komputer riba ke sekolah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PeDI) di seluruh negara. Selain membolehkan usahawan wanita mengakses program eKelas Usahawan, peranti itu juga membolehkan lebih ramai pelajar mendaftar dan mengakses eKelas, program komuniti utama Maxis, yang menawarkan kandungan digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 melalui portal eKelas dan aplikasi mudah alih.

Archives
Tags