Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Hotlink tingkatkan pelan mudah alih dengan lebih banyak Internet pada nilai yang lebih baik

  • Lebih banyak kuota data yang berpatutan untuk kedua-dua pelan Hotlink Prepaid dan Hotlink Postpaid
  • Pengalaman melayari Internet yang lebih elok dengan akses Internet berkelajuan tinggi yang tiada batas
  • Ganjaran ekslusif untuk semua pengguna Hotlink termasuk pas penstriman perlawanan langsung Liga Perdana percuma, diskaun tiket wayang dan tawaran rakan kongsi lain melalui aplikasi Hotlink

Kedua-dua pelanggan Hotlink Prabayar dan Hotlink Postpaid kini boleh mendapat pengalaman melayari internet yang lebih kaya melalui pelan mudah alih yang dipertingkatkan dengan lebih banyak kuota Internet pada nilai yang lebih baik, serta akses Internet tanpa had kelajuan pada harga berpatutan.

Selain kuota data yang lebih banyak, semua pelanggan boleh menikmati akses percuma ke perlawanan langsung Liga Perdana, diskaun menarik untuk tiket wayang serta tawaran ekslusif rakan kongsi melalui aplikasi Hotlink.

“Di Hotlink, kami memahami bahawa pelanggan kami mempunyai keperluan yang unik ketika mengakses Internet, selain mahukan pengalaman tanpa bimbang pada kadar yang berpatutan. Pelan kami yang dipertingkatkan mencerminkan ini serta gaya hidup digital mereka yang kian berubah. Pada masa yang sama, ini menunjukkan keinginan kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan melalui tawaran yang menarik,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

Peningkatan kuota pada kadar yang lebih rendah dengan Hotlink Prepaid Pantas­:

PREPAID PANTAS

For prepaid customers, Hotlink is introducing a new Hotlink Prepaid Pantas pass with more data at lower rates, as follows:

Pas Sebelum Ini Pas Hotlink Prepaid Pantas baharu
RM40/bulan 25GB
Internet berkelajuan tinggi tanpa batas + panggilan tanpa had
RM35/bulan

30GB
Internet berkelajuan tinggi tanpa batas + panggilan tanpa had

Mulai sekarang hingga 31 Mac, pelanggan juga layak untuk menuntut sejumlah baucar data berkelajuan tinggi 5 x 20GB melalui aplikasi Hotlink. Setiap baucar boleh ditebus dengan pembelian pas RM35 melalui aplikasi sehingga Disember.

Lebih Banyak Data untuk pelanggan Hotlink Postpaid

POSTPAID 40
POSTPAID 60

Untuk Hotlink Postpaid, pelanggan bagi kedua-dua pelan Hotlink Postpaid 40 dan Hotlink Postpaid 60 akan menikmati peningkatan data tambahan sebanyak 10GB, panggilan tanpa had dan SMS. Pelanggan Hotlink Postpaid 60 juga akan menikmati diskaun menarik untuk peranti mudah alih baharu, antaranya Galaxy A04 dan Honor X7A.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan Hotlink yang diperbaharui dan ganjaran ekslusif, layari: https://www.hotlink.com.my

Archives
Tags