Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Home Fibre roadshow akan menyebarkan keceriaan di Desa Park City hujung minggu ini

Maxis and Public Bank collaborate to further accelerate digital adoption among Malaysian SMEs
  • Bertemu dengan dinocorn comel Maxis Home Fibre di roadshow yang penuh keseronokan
  • Promosi istimewa untuk pelanggan yang mendaftar untuk Maxis Home Fibre
  • Maxis Home Fibre kini menawarkan pelan antara 100Mbps sehingga 2Gbps

Bersedia untuk peluang berinteraksi bersama dinocorn sempena roadshow tiga hari Maxis Home Fibre yang akan berlangsung di Desa Park City hujung minggu ini dari 2 hingga 4 Februari 2024.

Jom bertemu dengan dinocorn bersaiz jumbo dengan ketinggian dalam sekitar tiga tingkat, yang telah membuat penampilan sulungnya dalam Perarakan Merdeka 2023 sebagai sebahagian daripada kontinjen Maxis, dan dapatkan peluang unik untuk bergambar dengan maskot comel tersebut.

Hanya semasa roadshow ini, pelanggan Maxis Home Fibre baharu yang menggabungkan pelan mereka dengan Maxis Pascabayar boleh menikmati 3 bulan perkhidmatan fiber percuma dengan pelan 300Mbps, atau 6 bulan perkhidmatan fiber percuma dengan pelan 500Mbps, 1Gbps, dan 2Gbps.

Keluarga-keluarga boleh meluangkan masa bersama-sama dengan pelbagai aktiviti seronok, seperti melawat tempat bergambar yang menarik, menonton persembahan dinocorn dan menyertai sesi-sesi interaktif yang menjanjikan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan di taman Desa Park City.

Maxis Home Fibre kini menawarkan pelan antara 100Mbps sehingga 2Gbps, memastikan pelanggan menikmati pengalaman internet kediaman yang lebih baik pada harga yang berpatutan. Pelan 2Gbps disertai dengan penghala WiFi 6E yang canggih untuk WiFi sepantas kilat, manakala semua pelan lain disertai dengan penghala yang diperakui WiFi 6 untuk meningkatkan kelajuan sambungan.

Kunjungi roadshow Maxis Home Fibre untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terkini atau rujuk maxis.com.my/fibre untuk butiran lanjut.

Archives
Tags