Aplikasi Hotlink raih anugerah berprestij antarabangsa iF Design Award 2024
- Aplikasi Hotlink telah dinobatkan sebagai pemenang daripada 11,000 penyertaan dari lebih 72 buah negara
- Penganugerahan ini membuktikan bahawa pengalaman pelanggan layan boleh menjadi transformatif
- Maxis merupakan syarikat tunggal di Malaysia dan Asia Tenggara yang telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori pengalaman pengguna (UX) mudah alih
Aplikasi mudah alih Hotlink telah baru-baru ini memenangi anugerah berprestij antarabangsa iF Design Award 2024 dalam kategori Pengalaman Pengguna (UX). Maxis merupakan syarikat tunggal di Malaysia dan Asia Tenggara yang telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori tersebut.
iF Design Award merupakan pertandingan reka bentuk antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun oleh iF International Forum Design GmbH, sebuah organisasi reka bentuk bebas yang paling lama ditubuhkan pada peringkat global, berasal dari Hannover, Jerman. Aplikasi mudah alih Hotlink telah dipilih sebagai salah satu pemenang dalam kategori UX daripada 11,000 penyertaan dari lebih 72 negara oleh sebuah panel yang terdiri daripada 132 pakar reka bentuk global yang tersohor.
Aplikasi Hotlink menyediakan antara muka mesra pelanggan yang mentransformasikan pengalaman telekomunikasi, dengan pelbagai pilihan dan perkhidmatan seperti penukaran pelan yang tersusun secara intuitif dan jelas. Ia juga menawarkan ciri nilai tambah seperti tawaran harian dan ganjaran peniaga yang diperibadikan, serta memudahkan fungsi seperti pengendalian kredit, internet mudah alih, pembayaran bil dan program ganjaran melalui antara muka aplikasi tersebut.
Majoriti daripada 7 juta pelanggan Hotlink menggunakan aplikasi tersebut untuk menguruskan akaun prabayar dan pascabayar mudah alih mereka, turut menikmati ganjaran daripada lebih 100 rakan kongsi di Malaysia.
“Sebagai penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk memberikan pelanggan kemudahan dan keriangan melalui perkhidmatan kami. Kami juga amat sukacita untuk memenangi anugerah antarabangsa berprestij ini yang mengiktirafkan dan juga mencetuskan semangat kami untuk terus berusaha dalam melakukan yang terbaik untuk para pelanggan. Kami sentiasa mengutamakan pengalaman pelanggan dalam semua usaha kami merentas seluruh syarikat, merangkumi semua titik sentuh sama ada fizikal mahupun digital di mana kami terus mempergiatkan usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik,” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web iF Design Award: https://ifdesign.com/en/winner-ranking/project/hotlink-self-serve-mobile-application/630613