Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink gandakan kelajuan dan menambahkan data untuk pas prabayar bulanan

Hotlink Unlimited RM40
  • Pas Hotlink TANPA HAD RM50 dan RM40 telah dinaik taraf dengan dua kali ganda kelajuan dan kuota Polisi Pengguna Saksama (FUP)
  • Pas Hotlink PANTAS RM35 dan RM25 kini memberikan lebih banyak internet 4G/5G dan bonus internet 5G
  • Belia berumur di bawah 24 tahun boleh menikmati pulangan tunai 20% dengan setiap pembelian pas internet bulanan

Hotlink menggandakan kelajuan dan menambahkan lebih banyak data untuk pas prabayar bulanannya, menjadikan ia lebih mudah bagi pengguna untuk menstrim, bermain dan kekal berhubung tanpa had. Mulai hari ini, pengguna boleh menikmati kelajuan lebih pantas dan kuota internet yang dinaik taraf melalui pas prabayar Hotlink TANPA HAD RM50 dan RM40 dan pas Hotlink PANTAS RM35 dan RM25.

Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pascabayar dan Prabayar, Maxis, berkata “Kami sentiasa menumpukan pada matlamat untuk menyampaikan pengalaman 5G terbaik untuk pelanggan kami. Dengan menggandakan kelajuan dan menyediakan lebih banyak lagi internet 5G, kami memastikan Hotlink kekal di hadapan sebagai Jaguh 5G untuk semua orang dengan memberikan kesalinghubungan yang tiada tandingan untuk semua keperluan gaya hidup mereka.”

Pas Prabayar Hotlink TANPA HAD RM50 dan RM40 telah dinaik taraf dengan kelajuan dua kali ganda dan kuota Polisi Penggunaan Saksama (FUP), manakala pas Hotlink PANTAS RM35 dan RM25 telah dinaik taraf dengan lebih banyak internet 4G/5G dan bonus internet 5G:

Pas Kelajuan dan Kuota Dahulu Kelajuan dan Kuota Baharu Kesahan
Hotlink TANPA HAD RM50 Internet Tanpa Had 12Mbps (4G/5G)
+
Kelajuan Tanpa Batas untuk 5G (8mlm-8pagi)(FUP 100GB)
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot
Internet Tanpa Had 24Mbps (4G/5G)
+
Kelajuan Tanpa Batas untuk 5G (8mlm-8pagi)(FUP 200GB)
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot
30 Hari
Hotlink TANPA HAD RM40 Internet Tanpa Had 6Mbps (4G/5G)
+
Kelajuan Tanpa Batas untuk 5G (8mlm-8pagi)(FUP 100GB)
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot
Internet Tanpa Had 12Mbps (4G/5G)
+
Kelajuan Tanpa Batas untuk 5G (8mlm-8pagi)(FUP 200GB)
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot
30 Hari
Hotlink PANTAS RM35

60GB

[30GB (4G/5G) + Bonus 30GB (5G)]
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot

100GB

[50GB (4G/5G) + Bonus 50GB (5G)]
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot

30 Hari
Hotlink PANTAS RM25

40GB

[20GB (4G/5G) + Bonus 20GB (5G)]
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot

60GB

[30GB (4G/5G) + Bonus 30GB (5G)]
+
Panggilan Tanpa Had dengan Hotspot

30 Hari

Sementara itu, Hotlink terus menawarkan pas harian dan mingguan yang memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna.

Belia berumur di bawah 24 tahun boleh menikmati pulangan tunai 20% dengan setiap pembelian pas internet bulanan. Faedah lain untuk pengguna Hotlink termasuk diskaun 20% untuk item dalam permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Hotlink Super Streamer Pass pada hanya RM9.90 sebulan untuk pengguna menikmati kandungan premium HD pada platform penstriman popular, serta lebih 200 ganjaran untuk dinikmati.

Butiran lanjut termasuk terma dan syarat tersedia pada aplikasi Hotlink.

Untuk pilihan penuh dan maklumat lanjut mengenai pas Prabayar Hotlink yang dipertingkatkan, lawati www.hotlink.com.my.

Hotlink PANTAS RM25
Archives
Tags