Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menampilkan komitmen untuk menghubungkan rakyat Malaysia kepada dunia yang penuh kemungkinan di sambutan Hari Kebangsaan

Maxis showcases commitment to connecting Malaysians to a world of possibilities at the National Day parade

Maxis menarik tumpuan penonton perarakan Hari Kebangsaan tahun ini dengan 107 yang menampilkan dedikasi syarikat itu untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui ketersambungan dan teknologi. Lautan hijau dan biru perarakan Maxis dijadikan lebih menyeronokkan dengan kembalinya maskot kegemaran peminat, Dinocorn. Kali ini, sebanyak empat maskot Dinocorn bersaiz sebenar dan satu Dinocorn bersaiz besar membawa keriangan kepada para penonton bersama dengan perarakan kontinjen Maxis.

Maxis National Day Parade Image 1

Diiringi oleh pelbagai belon dan float, kontinjen Maxis memperlihatkan keupayaan mereka untuk menyediakan ketersambungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai melalui 5G mudah alih dan jalur lebar fiber untuk pembelajaran, hiburan, dan produktiviti. Sebagaimana tema ‘Jiwa Merdeka’ Hari Kebangsaan tahun ini meraikan perpaduan pelbagai budaya dan komuniti yang berbeza, Maxis komited untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan dari semua latar belakang ke dunia yang penuh kemungkinan di mana sahaja mereka berada.

Maxis National Day Parade Image 2

Maxis turut melancarkan filem Hari Kebangsaannya bertajuk ‘Budi Pekerti,’ yang diinspirasikan kisah benar suatu tindakan patriotik oleh seorang remaja yang mungkin dianggap kecil, namun penuh bermakna. Filem ini mengikuti Aiman, yang mengambil inisiatif untuk membantu membersihkan sampah sarap selepas sambutan ambang Merdeka. Perbuatannya telah mencetuskan kesan positif dalam mendorong orang lain untuk turut serta bersama-sama. Kisah Aiman mengingatkan kita bahawa tindakan kecil yang konsisten boleh membawa perubahan yang bermakna dan gerak isyarat seperti ini benar-benar membentuk jiwa negara kita. Tonton filem tersebut di sini.

Archives
Tags