Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis meneruskan momentum pertumbuhan sihat pada suku kedua

Maxis Logo
  • Keuntungan Selepas Cukai sebanyak RM356 juta, meningkat 8.2% tahun ke tahun (YoY)
  • Hasil Perkhidmatan berjumlah RM2,216 juta, meningkat 4.9% YoY
  • EBITDA sebanyak RM1,046 juta, meningkat 4.4% YoY
  • Isytihar dividen interim sebanyak 4 sen sesaham

Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, meneruskan prestasi sihat pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024, dengan menyampaikan pertumbuhan yang konsisten merentas perniagaan Pengguna dan Perusahaan teras Syarikat. Ini menyumbang kepada peningkatan dalam Hasil Perkhidmatan sebanyak 4.9% tahun ke tahun (YoY) ke RM2,216 juta. Syarikat mengekalkan tumpuannya kepada memenuhi keperluan sebenar pelanggan dalam setiap segmen, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang diperluas untuk memacu pertumbuhan dalam hasil serta jumlah pelanggan.

Pertumbuhan hasil yang kukuh bersama dengan pengurusan kos yang berdisiplin menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 4.4% YoY ke RM1,046 juta. Oleh sebab itu, Keuntungan Selepas Cukai (PAT meningkat sebanyak 8.2% ke RM356 juta.

Syarikat mengisytiharkan dividen interim sebanyak 4 sen sesaham.

Perniagaan Pengguna Maxis mencatatkan peningkatan dalam hasil perkhidmatan sebanyak 3.7% YoY oleh sebab prestasi pascabayar dan kesalinghubungan kediaman yang lebih kukuh. Hasil pascabayar meningkat sebanyak 5.2% YoY, disokong oleh pertumbuhan pelanggan yang sihat sebanyak 8.0% YoY. Maxis terus menawarkan rangkaian product yang diperluas bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam semua segmen pasaran. Sementara itu, segmen prabayar yang memenuhi keperluan golongan belia mengekalkan daya tahan dengan peningkatan pelanggan sebanyak 2.3% YoY, kerana pelanggan tertarik dengan nilai yang lebih tinggi daripada tawaran, pas internet dan faedah gaya hidup yang diperibadikan.

Bagi segmen kesalinghubungan kediaman, hasil perkhidmatan meningkat sebanyak 9.6% YoY dengan jalur lebar fiber sebagai pemacu pertumbuhan utama. Rangkaian fiber yang dibina kendiri dan pelbagai kerjasama Maxis membolehkannya untuk mempromosikan konvergens melalui bundle jalur lebar dan mudah alih yang menarik, dan menyampaikan proposisi bersepadu sebenar Syarikat melalui ketersambungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai.

Perniagaan Perusahaan Maxis mencapai pertumbuhan dalam hasil perkhidmatan sebanyak 10.8% YoY berikutan prestasi dalam ketersambungan tetap dan penyelesaian digital, dengan kemenangan kontrak daripada pelbagai pelanggan merentas sektor awam, borong, korporat, pasaran pertengahan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Syarikat memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tanpa kerisauan dan boleh dipercayai seperti perkhidmatan rangkaian terurus. Tambahan lagi, Syarikat melihat pelbagai peluang pertumbuhan dalam ketersambungan tetap memandangkan lebih banyak pusat data sedang ditubuhkan di negara ini.

quote

“Pertumbuhan kami dalam semua aspek menunjukkan tumpuan kami tanpa kompromi kepada keperluan sebenar pelanggan dan keazaman untuk menang dalam pasaran. Kami telah membina asas yang kukuh dengan mengekalkan disiplin merentas perniagaan dan memanfaatkan teknologi dan kerjasama yang terunggul untuk melaksanakan strategi kami. Dibolehkan oleh kecemerlangan rangkaian, operasi dan perkhidmatan, prestasi kuat kami menunjukkan kesediaan kami untuk memainkan peranan utama dalam menyokong cita-cita digital Malaysia melalui pelaksanaan rangkaian 5G-Advanced.” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Maxis kekal komited sepenuhnya terhadap pelaksanaan pantas rangkaian 5G kedua pihak Kerajaan dan untuk membawa manfaat ekonomi rangkaian tersebut kepada rakyat Malaysia.

Sorotan kewangan suku kedua 2024: Suku kedua 2024 berbanding suku kedua 2023

  • Hasil Perkhidmatan meningkat sebanyak 4.9% YoY ke RM2,216 juta, dipacu oleh pertumbuhan perniagaan Pengguna dan Perusahaan.
    • Pascabayar mudah alih mengekalkan momentum dengan pertumbuhan pelanggan yang sihat sebanyak 8.0%, membawa jumlah langganan pascabayar ke 3.72 juta. Ini menyumbang kepada RM916 juta dalam hasil Pascabayar Pengguna untuk suku ini, meningkat 5.2% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
    • Langganan prabayar mudah alih meningkat 2.3% disebabkan oleh pas internet 5G dan faedah gaya hidup harian yang diperibadikan yang menarik. Segmen ini mengekalkan daya tahan dengan jumlah pelanggan pada 5.82 juta dan hasil sebanyak RM648 juta.
    • Kesalinghubungan kediaman menyampaikan pertumbuhan hasil perkhidmatan yang mantap, dengan peningkatan sebanyak 9.6% ke RM251 juta disebabkan oleh strategi ke pasaran yang tertumpu kepada penciptaan nilai. Sambungan kediaman mencatatkan pertumbuhan pelanggan sebanyak 10.1% ke 777,000 berbanding suku yang sama tahun lepas.
    • Hasil perkhidmatan perusahaan mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 10.8% ke RM401 juta bagi suku ini daripada peningkatan dalam permintaan untuk penyelesaian ketersambungan tetap dan digital, seperti perkhidmatan rangkaian terurus.
  • EBITDA meningkat sebanyak 4.4% ke RM1,046 juta bagi suku ini oleh sebab sumbangan hasil yang lebih besar daripada perniagaan Pascabayar Pengguna, Fiber dan Perusahaan.
  • Keuntungan Selepas Cukai meningkat sebanyak 8.2% ke RM356 juta selaras dengan EBITDA yang mantap.
  • Capex sebanyak RM116 juta dilabur pada suku ini dalam usaha berterusan untuk memodenkan rangkaian mudah alih, mengembangkan jejak fiber, dan pendigitalan.
  • Aliran tunai bebas operasi berjumlah RM1,016 juta, disumbangkan oleh pengurusan modal kerja yang kukuh, dengan baki tunai yang sihat sebanyak RM727 juta setakat suku kedua 2024.

Inisiatif Utama

  • Bekerjasama dengan Huawei Malaysia dalam kes penggunaan Bandar Pintar 5G-A yang dipamerkan di Labuan untuk pihak berkepentingan utama Kerajaan.
  • Melancarkan pas penstriman baharu Hotlink untuk membawakan akses prabayar mampu milik kepada kandungan video premium.
  • Hotlink bekerjasama dengan MOONTON Games untuk kejohanan pertama yang dikuasakan oleh komuniti e-sukan tempatan – Hotlink x MPL MY Jaguh All Star.
  • Bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pembangunan kemahiran digital dan pendidikan STEM melalui program jangkauan komuniti perdana eKelas Usahawan dan eKelas.
Archives
Tags