Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis merayakan perasmian berjaya Program Pemecutan eKelas Usahawan dan melancarkan platform pembelajaran digital baharu

eKelas Usahawan Accelerator Programme Graduation & new digital learning platform
  • Kohort perintis yang terdiri daripada 60 usahawan dari Wilayah Tengah telah berjaya menamatkan Program Pemecutan eKelas Usahawan selama 3 bulan yang intensif dan memperoleh kemahiran digital yang penting untuk pertumbuhan perniagaan.
  • Berikutan hasil positif daripada program perintis, program ini akan diperluas secara strategik ke wilayah lain, memberikan peluang peningkatan kemahiran digital kepada lebih ramai usahawan mikro, kecil, dan sederhana.
  • Portal Pembelajaran Maxis eKelas Usahawan telah dilancarkan secara rasmi, menyediakan akses kepada sumber pembelajaran berterusan dan alat peningkatan kemahiran digital kepada usahawan di seluruh negara.

Maxis telah meraikan graduasi kohort perintis Program Pemecutan Maxis eKelas Usahawan, sebuah inisiatif peningkatan kemahiran digital yang berlangsung selama tiga bulan bertujuan untuk memberdayakan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Dilancarkan pada Disember 2024, program percuma ini melengkapi usahawan dengan kemahiran pemasaran digital asas untuk mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian, mengintegrasikan aplikasi kemahiran, bimbingan dan penjejakan prestasi.

Kohort perasmian tersebut terdiri daripada 60 usahawan dari Wilayah Tengah, yang telah menerima bimbingan tentang memanfaatkan saluran digital baharu dan menggalakkan penglibatan dalam talian yang berkualiti. Menjelang akhir program, satu pertiga daripada usahawan yang mengambil bahagian telah berjaya menggandakan pendapatan mereka.

eKelas Usahawan Accelerator Programme Graduation & new digital learning platform

Tiga graduan telah diiktiraf khususnya atas kemajuan cemerlang mereka dalam pertumbuhan pendapatan yang dicapai melalui penggunaan saluran web dan media social yang berkesan. Berikutan hasil yang menggalakkan ini, Maxis mengumumkan pengembangan program untuk merangkumi usahawan di lebih banyak wilayah, bermula dengan Pantai Timur, Wilayah Selatan, dan Sabah.

Majlis graduasi yang bertemakan “Kuasai Digital, Lonjakkan Kejayaan” ini telah dirasmikan oleh Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Agung (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

quote

“Kami berbesar hati kerana dapat memberdayakan usahawan Malaysia dari segi keupayaan dan keyakinan untuk memanfaatkan peluang digital yang ada. Tujuan kami adalah untuk memberikan pengetahuan digital asas dan sumber digital yang penting kepada PMKS bagi memudahkan perkembangan perniagaan mereka. Memandangkan saluran dalam talian semakin menjadi satu keutamaan, usaha ini adalah amat penting bagi usahawan yang kurang mendapat perhatian untuk memastikan mereka mampu bersaing dengan berkesan dalam ekonomi digital.” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Semasa majlis tersebut, Maxis turut melancarkan Portal Pembelajaran Maxis eKelas Usahawan, sebuah platform digital komprehensif yang menyediakan bahan pembelajaran khusus untuk usahawan.

Direka untuk pembelajaran secara kendiri dan menampilkan kandungan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, portal ini mengandungi video, peralatan, templat, dan panduan untuk membantu perjalanan pembelajaran berterusan usahawan. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan latihan digital jangka panjang dan boleh diakses secara mudah oleh semua usahawan yang berminat, tanpa mengira latar belakang atau lokasi geografi mereka.

Program pemecutan dan portal pembelajaran ini adalah komponen penting dalam inisiatif Maxis eKelas Usahawan teras, yang telah direka untuk membekalkan usahawan dan MSME, terutamanya mereka dari segmen B40, dengan alat dan kemahiran digital yang diperlukan untuk meningkatkan kehadiran dalam talian mereka. Sejak penubuhannya pada Mac 2021, Maxis eKelas Usahawan telah berjaya melatih lebih 10,000 usahawan.

Melalui Maxis eKelas Usahawan, usahawan menerima latihan mengenai strategi untuk mengembangkan jejak digital mereka, menggunakan platform media sosial dengan berkesan, dan meningkatkan pertumbuhan pendapatan melalui kempen dalam talian. Dalam usaha Maxis untuk terus memperluas usaha jangkauan komuniti, syarikat menegaskan komitmennya untuk menyokong pertumbuhan MSME Malaysia selaras dengan agenda digital negara.

Tentang Maxis eKelas Usahawan: 

Maxis eKelas Usahawan adalah program peningkatan kemahiran digital yang direka untuk memberdayakan usahawan Malaysia, terutamanya mereka dari segmen B40, dengan alat dan kemahiran digital yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan dalam talian mereka. Inisiatif ini menyediakan latihan pemasaran digital, penggunaan media sosial, dan penjanaan pendapatan dalam talian.

Archives
Tags