Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis dan Nokia perluas kerjasama untuk menyediakan penyelesaian rangkaian pusat data tercanggih

Maxis and Nokia expand collaboration to deliver advanced data centre networking solutions
  • Kerjasama ini mengintegrasikan ketersambungan Maxis dan Fabrik Pusat Data berkuasa AI daripada Nokia untuk mengoptimumkan operasi pusat data bagi pelanggan perusahaan dan pemain OTT
  • Inisiatif pasaran bersama akan menyediakan pelanggan dengan keupayaan rangkaian yang lebih berskala, selamat, dan automatik
  • Kerjasama ini telah dimeterai di Kongres Dunia Mudah Alih 2025

Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, telah mengumumkan pengembangan kerjasama dengan Nokia untuk menyediakan penyelesaian rangkaian pusat data tercanggih kepada perusahaan, penskala hiper, dan pemain over-the-top (OTT). Kerjasama ini melibatkan inisiatif pasaran bersama untuk melengkapkan pengendali pusat data, penskala hiper, dan perniagaan dengan keupayaan rangkaian yang lebih berskala, selamat, dan automatik untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi AI dan awan.

Dengan menggabungkan ketersambungan berprestasi tinggi Maxis dengan Fabrik Pusat Data berkuasa AI daripada Nokia, kerjasama ini membolehkan pengendali pusat data meningkatkan kecekapan, automasi, dan daya tahan dalam persekitaran awan mereka. Selaras dengan penggunaan AI dan awan yang semakin meningkat, kerjasama ini akan membantu mengoptimumkan operasi pusat data, menyokong aplikasi yang dipacu AI, dan meningkatkan akses kepada infrastruktur digital yang selamat dan berkependaman rendah.

Kerjasama ini telah dimeterai dalam sebuah majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di Pavilion Malaysia bagi Kongres Dunia Mudah Alih 2025 di Barcelona, Sepanyol yang disaksikan oleh Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia. Perkongsian ini menampilkan komitmen Maxis Business, bahagian B2B Maxis, untuk memastikan perniagaan bersedia untuk masa hadapan, disokong oleh penyelesaian kesalinghubungan dan penyelesaian berkaitan ketersambungan yang tepat di sekitar awan, internet kebendaan (IoT), perkhidmatan terurus dan keselamatan siber.

quote

“Evolusi pesat AI dan teknologi awan menjana peluang baharu dan pertumbuhan dalam landskap awan dan pusat data. Mencerminkan transformasi ini, kerjasama dengan Nokia ini akan menyokong usaha berterusan kami untuk menyediakan penyelesaian rangkaian generasi akan datang kepada pelanggan kami. Maxis Business berhasrat untuk menjadi rakan ketersambungan pilihan untuk pusat data dan perniagaan yang bergantung kepada perkhidmatan awan dan data, membolehkan mereka mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan perniagaan jangka panjang.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis

quote

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan Maxis bagi menyediakan penyelesaian rangkaian pusat data kami yang canggih dengan sistem pengendalian rangkaian SR Linux dan Automasi Berpandukan Acara (Event-Driven Automation). Kerjasama ini mendorong Maxis ke arah matlamatnya untuk menjadi peneraju utama dalam AI, pusat data, dan ketersambungan awan. Bersama Maxis, kami menerajui kemajuan teknologi yang memacu pertumbuhan dan kecemerlangan digital di Malaysia." - Kent Wong, Naib Presiden dan Ketua Rangkaian IP untuk Nokia Asia Pasifik

Kerjasama ini membina atas penglibatan Maxis dengan Nokia baru-baru ini untuk memodenkan infrastruktur pusat data Maxis dan kerjasama jangka panjang dalam rangkaian generasi baru. Melalui kerjasama teknologi ini, Maxis komited untuk menyokong pertumbuhan berterusan dan transformasi ekosistem digital Malaysia.

Archives
Tags