Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis umum peralihan Pengerusi

Maxis announces Chairman transition

Lembaga Maxis Berhad (Maxis) mengumumkan pelantikan Datuk Johan Idris sebagai Pengerusi Maxis, berkuat kuasa 1 Mac 2025. Datuk Johan sebelum ini telah memegang jawatan Rakan Kongsi Pengurusan KPMG di Malaysia, ahli Lembaga KPMG Asia Pasifik, ahli Majlis Global KPMG Antarabangsa dan Presiden Institut Akauntan Malaysia.

Datuk Johan kini berkhidmat sebagai Pengerusi (Bukan Eksekutif) KPMG di Malaysia, ahli Lembaga Korporasi Dana Pampasan Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ahli Lembaga Universiti Kebangsaan Malaysia, ahli Senat dan Lembaga Pemegang Amanah Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, serta ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada 35 tahun pengalaman bekerja, rekod kepimpinan yang terbukti dan pengalaman luas dalam pelbagai industri dan sektor tempatan dan antarabangsa.

Pihak Lembaga merakamkan penghargaan kepada Dato’ Hamidah Naziadin atas manfaat besar daripada kepimpinan beliau sebagai Pengerusi Interim sejak 1 Julai 2024. Dato’ Hamidah akan meneruskan peranan beliau sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

quote

“Saya berbesar hati atas pelantikan sebagai Pengerusi Maxis dan berharap dapat menerajui peranan Lembaga dalam memacu perniagaan teras Maxis dalam bidang Mudah Alih, Kediaman dan Perusahaan sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia. Nilai-nilai Maxis adalah selaras dengan aspirasi digital negara, dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” - Datuk Johan

quote

“Saya rasa besar hati kerana telah berpeluang berkhidmat sebagai Pengerusi Interim, dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Lembaga dan Pengurusan atas sokongan mereka sepanjang tempoh peralihan ini. Saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan Datuk Johan, dan percaya visi strategik dan pengalaman luas beliau akan memainkan peranan penting dalam memacu Maxis ke tahap yang lebih tinggi,” - Dato' Hamidah

Archives
Tags