Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Pelanggan Maxis boleh memilih peranti rumah untuk hiburan, pembelajaran dan produktiviti dari hanya RM1 sebulan

Hotlink Postpaid & Fibre
  • Pelbagai jenis peranti rumah terbaik untuk dipilih dengan Maxis Zerolution
  • Terus meningkatkan pengalaman WiFi Maxis Fiber dan Maxis Home 4G pada rangkaian No. 1 dengan kelajuan hingga 800Mbps dan penghala WiFi 6 baru dan jaringan mesh
  • Maxis menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis membolehkan pelanggan bergembira di rumah dengan pelbagai peranti terkini untuk keperluan hiburan, pembelajaran dan produktiviti mereka. Untuk mempermudahkan pemilikan peranti rumah idaman, Maxis menawarkan Maxis Zerolution kini kepada pelanggan baru dan sedia ada Maxis Fibre dan Maxis Home 4G WiFi, dengan hanya RM 1 sebulan.

Senarai peranti tersebut merangkumi TV Pintar, tablet, komputer riba, monitor desktop dan permainan, dan konsol permainan video rumah, dari jenama terkenal di dunia, seperti Huawei, Lenovo, LG, Samsung, dan Sony.

Maxis Zerolution juga tersedia untuk pelanggan baru dan sedia ada Maxis Family Plan, serta pelanggan Maxis Unlimited Postpaid & Fibre.

“Keluarga di Malaysia memerlukan peranti di rumah untuk menyokong anak-anak dan ibu-bapa yang belajar dan bekerja dari rumah. Dengan penawaran terbaru ini, kami membantu pelanggan dengan memberikan akses ke lebih banyak pilihan peranti dan juga pelan internet berkelajuan tinggi untuk keperluan mereka. Kami membawa teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat untukTerus Menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis, Maxis.

Pelanggan yang tinggal di kawasan berkemampuan fiber juga akan menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penghala WiFi 6 baru dan jaringan mesh di bawah Maxis Fibre, yang menyediakan sambungan fiber tanpa had dengan kelajuan tinggi hingga 800Mbps.

Sebagai Penyedia Penyelesaian Konvergen Terpadu di Malaysia, Maxis komited untuk menawarkan penyelesaian inovatif dan relevan, merangkumi kesalinghubungan rumah dan mudah alih yang lancar, serta pemilikan peranti rumah yang mudah, yang dibina di rangkaian No. 1. Tawaran terkini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman jalur lebar fiber rumah, berikutan pelancaran penghala WiFi 6 generasi seterusnya yang baru pada awal tahun ini.

Untuk menonton video di Maxis Zerolution, sila tekan https://youtu.be/K0Lb5kpmuwY atau untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.maxis.com.my/en/devices/zerolution/

Untuk mendaftar Maxis Fiber, pergi ke www.maxis.com.my/ms/broadband/maxis-fibre/ atau Maxis Home 4G WiFi di https://www.maxis.com.my/en/broadband/maxis-home-4g-wifi/

Archives
Tags