Bersalinghubung sentiasa bersama Hotlink Prepaid Internet 365 Baharu
- Pas internet 365 hari berkelajuan tinggi – pelanggan kini boleh menikmati kebebasan data mengikut cita rasa sendiri
- Kredit percuma sehingga RM180, dengan internet berkelajuan tinggi 60GB sebulan bagi pelanggan yang layak di bawah Jaringan Prihatin
- Tawaran eksklusif dan baucar diskaun untuk semua pelanggan Hotlink Prepaid
Rakyat Malaysia kini boleh memiliki pelan mudah alih yang fleksibel, dengan pilihan data yang diperlukan sepanjang tahun. Dengan Hotlink Prepaid Internet 365, pelanggan boleh menikmati pelan internet yang mudah diakses dan berkelajuan tinggi sepanjang tahun, dengan harga serendah RM6.
Pelan ini juga dilengkapi dengan tempoh aktif 60 hari untuk tambah nilai, dan juga pilihan untuk membeli tempoh aktif SIM 365 hari pada harga RM30. Dengan adanya kebebasan untuk memilih ini, pengguna tidak perlu lagi risau untuk kerap menambah nilai bagi memastikan SIM mereka tetap aktif.
“Bersalinghubung seharusnya menjadi sesuatu yang mudah. Di Hotlink, kami menawarkan pelbagi pelan untuk memenuhi keperluan dan cita rasa rakyat Malaysia. Pelan prabayar baru ini mengekalkan SIM pengguna supaya sentiasa aktif, dan membolehkan mereka merancang dan mengunakan kuota internet sepenuhnya. Hotlink Prepaid Internet 365 memberi kuasa kepada pelanggan untuk #BikinSampaiJadi mengikut keselesaan dan kapasiti mereka, sementara Hotlink menjaga kesalinghubungan mereka,” kata Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink, Maxis.
Pas Internet yang Fleksibel
Hotlink Prepaid Internet 365 dilengkapi dengan tiga jenis pas untuk memenuhi semua keperluan kesalinghubungan sama ada telefon video bersama rakan dan keluarga, mengikuti berita, atau hanya melalui aplikasi pesanan. Kuota internet Hotlink membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya penggunaan data mereka tanpa had laju - hanya internet berkelajuan tinggi sepanjang tahun.
Kadar IDD yang berpatutan
Jarak bukanlah halangan untuk bersalinghubungan bersama keluarga dan rakan di luar negara. Hotlink kini menawarkan harga IDD terendah untuk pelanggan bersalinghubung dengan orang yang mereka sayangi pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.
Pelancaran eksklusif dalam talian Hotlink Prepaid Internet 365 berharga pada harga promosi hanya RM25 untuk pek SIM, internet berkelajuan tinggi 365 hari 10GB dan kredit tambahan RM2. Sebagai tambahan, pelanggan di bawah Jaringan Prihatin* juga layak menuntut kredit percuma sehingga RM180 dan tambahan internet berkelajuan tinggi 60GB setiap bulan.
Hotlink Prepaid Internet 365 melengkapkan penawaran Hotlink yang lain, Hotlink Prepaid Unlimited yang menyediakan internet, panggilan dan hotspot tanpa had untuk individu dengan penggunaan internet yang tinggi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hotlink Prepaid Internet 365, terus ke https://www.hotlink.com.my/ms/plan/prepaid-internet-365/
*Jaringan Prihatin adalah inisiatif Kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia yang layak dengan kredit RM15 sebulan, walaupun penebusan kredit bulanan hingga akhir Ogos 2022, atau setelah dua belas penebusan, mana yang lebih dahulu. Pendaftaran untuk Jaringan Prihatin dibuka sehingga 31 Ogos 2021.