Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan GPU-sebagai-Perkhidmatan kepada pelanggan Malaysia

Maxis Logo
  • Unit Pemprosesan Grafik-sebagai-Perkhidmatan (GPUaaS) menyediakan sumber pengkomputeran berprestasi tinggi yang penting untuk latihan kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi inferens.
  • Perniagaan Malaysia berbilang saiz boleh mengakses dan mengguna pakai kuasa superkomputer kecerdasan buatan (AI) NVIDIA dengan pantas atas permintaan sebagai perkhidmatan awan yang mudah diakses.
  • GPUaaS mempercepatkan pertumbuhan dan inovasi dengan memberi perniagaan pilihan untuk menskalakan sumber dengan menambahkan kluster GPU melalui ketersambungan tetap atau 5G mudah alih.

Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, akan menawarkan unit pemprosesan grafik-sebagai-perkhidmatan (GPUaaS) berasaskan awan kepada pelanggan di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada portfolio perkhidmatan terurus dan awan Maxis Business, GPUaaS memberikan perniagaan akses mudah kepada unit pemprosesan grafik (GPU) yang berkuasa untuk latihan kecerdasan buatan (AI) canggih dan aplikasi inferens.

GPUaaS Maxis merupakan kaedah yang kos efektif untuk pelanggan mengguna pakai keupayaan berprestasi tinggi dengan cepat untuk beban kerja pemprosesan intensif seperti AI, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. GPUaaS menghapuskan keperluan untuk perniagaan melabur dalam perkakasan GPU yang mahal atau mengekalkan infrastruktur yang kompleks. Pada pelancaran, perkhidmatan ini akan dikuasakan oleh kluster berkuasa GPU NVIDIA H100 Tensor Core. Melalui penyelesaian ini, Maxis juga akan menjadi antara syarikat telekomunikasi pertama di dunia untuk menawarkan perkhidmatan yang menggunakan NVIDIA GB200 Grace Blackwell Superchip generasi akan datang.

Dengan kuasa pengkomputeran berskala tersedia atas permintaan melalui GPUaaS, pelanggan boleh memperuntukkan lebih banyak masa dan sumber kepada aktiviti perniagaan teras mereka, dan mempercepatkan pembangunan AI generatif, model bahasa besar dan beban kerja AI mereka. Tawaran ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna awal merentas industri seperti pembuatan, penjagaan kesihatan dan logistik. Pelanggan boleh mempercepatkan pertumbuhan dan inovasi dengan mengakses kluster GPU melalui sambungan tetap atau mudah alih 5G sedia ada.

quote

"Kami gembira dapat menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menyediakan GPUaaS, membolehkan pengkomputeran berprestasi tinggi dan pemprosesan data atas permintaan. Perniagaan akan mempunyai fleksibiliti untuk menskalakan sumber mereka apabila diperlukan untuk beban kerja yang lebih kompleks seperti AI, pembelajaran mesin, pemodelan 3D dan analitik berskala besar. Sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di Malaysia, kami akan terus memastikan pelanggan dapat memanfaatkan kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang terbaik dengan lebih mudah, supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada mengembangkan perniagaan mereka." - Goh Seow Eng, Chief Executive Officer of Maxis

Singtel dan Bridge Alliance, perikatan mudah alih terkemuka yang terdiri daripada 35 ahli operator di seluruh dunia baru-baru ini mengumumkan perkongsian strategik yang membawa tawaran GPUaaS Singtel kepada perusahaan di seluruh rantau ini. Maxis sebagai pengendali ahli Bridge Alliance telah membuat keputusan strategik untuk memanfaatkan tawaran Singtel yang melengkapkan penyelesaian awan dan sambungannya yang meluas, membolehkan pelanggan untuk mendapat penyelesaian yang diperlukan untuk memenuhi keperluan organisasi mereka.

Archives
Tags