Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis, Astro, Bumi Armada dan MEASAT sumbang RM5 juta kepada Dana Ihsan MADANI bagi menyokong usaha bantuan banjir

Maxis, Astro, Bumi Armada and MEASAT contribute RM5 million to Dana Ihsan MADANI in support of flood relief efforts

Maxis, Astro, Bumi Armada dan MEASAT telah hari ini mengumumkan sumbangan kolektif sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan MADANI bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir yang sedang giat dijalankan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan hari ini kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, oleh Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi Astro Malaysia Berhad, Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi Bumi Armada, Dato’ Hamidah Naziadin, Pengerusi Interim dan Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, dan Shaharul Rezza Hassan, Pengarah MEASAT.

Maxis telah menyumbang RM2 juta kepada inisiatif ini, dengan Astro, Bumi Armada dan MEASAT masing-masing menyumbang RM1 juta. Sumbangan tunai kolektif ini adalah untuk membantu mangsa banjir susulan impak ketara kejadian banjir baru-baru ini di beberapa negeri di Malaysia, terutamanya di wilayah Pantai Timur.

Tambahan lagi, setiap organisasi telah memainkan peranan dalam membantu komuniti-komuniti yang terjejas melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan.

Maxis telah mengedarkan 4,000 kad SIM dan tambah nilai mudah alih percuma di pusat pemindahan sementara (PPS) serta memberikan barang keperluan kepada 1,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir. Di samping inisiatif mitigasi rangkaian dan bantuan komuniti, Maxis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa mengenai amaran dan langkah tindak balas banjir.

Maxis dan MEASAT komited untuk memastikan kesalinghubungan yang boleh dipercayai di kawasan yang dilanda banjir dengan menyediakan ketersambungan jalur lebar WiFi, mudah alih dan satelit secara percuma di PPS dan kawasan terjejas, serta untuk operasi menyelamat. Langkah ini juga akan membolehkan keluarga dan mangsa yang terjejas untuk terus kekal berhubung dengan orang tersayang mereka, serta membantu pasukan tindak balas banjir untuk menyelaraskan operasi bantuan di lapangan dengan berkesan.

Astro secara aktif menampilkan komitmen untuk menyokong komuniti yang terjejas akibat krisis banjir baru-baru ini melalui siri usaha bantuan di bawah Tabung Bantuan Yayasan Astro Kasih. Sumbangan orang ramai dan pihak korporat telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Astro Radio menerusi Tabung Derma “Kami Care Misi Banjir’ telah mengumpul barang keperluan seperti makanan kering dan barangan keperluan rumah. Selain itu, mangsa banjir layak mendapat gantian Astro Box secara percuma. Sukarelawan kakitangan Astro juga telah bersedia membantu dalam usaha pembersihan dan pemulihan. Melalui inisiatif Voice for Good, platform digital dan media Astro telah meningkatkan kesedaran, mengumpulkan sokongan dan menyampaikan kemas kini banjir masa nyata.

Archives
Tags