Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Persatuan Rantaian Runcit Malaysia bekerjasama dengan Maxis untuk memacu penggunaan teknologi 5G dalam sektor peruncitan

Maxis - MRCA MoU Exchange
  • Kerjasama menumpu pada penambahbaikan pengalaman pelanggan runcit dan peningkatan dalam kecekapan operasi melalui penyelesaian kesalinghubungan dan digital yang terbaik
  • Maxis juga akan mengadakan libat urus dengan peruncit untuk meneroka penyelesaian 5G dan perkhidmatan rangkaian terurus untuk perniagaan mereka
  • Pencapaian terkini dalam inisiatif berterusan Maxis berkenaan 5G untuk menyokong cita-cita ekonomi digital Malaysia

Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA), sebuah organisasi dengan 562 ahli yang mewakili peruncit Malaysia, dan Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memacu penerimagunaan penyelesaian teknologi 5G bagi memperkasakan sektor runcit domestik.

Kerjasama ini meneroka peluang untuk menambah baik pengalaman pelanggan runcit dan meningkatkan kecekapan operasi melalui penyelesaian kesalinghubungan dan digital yang maju. Ini merangkumi analitik runcit, penglihatan komputer dikuasakan AI, perkhidmatan rangkaian terurus, pengalaman realiti lanjutan (XR) dan peningkatan dalam rantaian bekalan, semuanya disokong oleh ketersambungan selamat dan infrastruktur awan.

Maxis juga akan melibat urus ahli MRCA melalui bengkel-bengkel untuk meningkatkan pengetahuan digital mereka, dengan tumpuan kepada penyelesaian 5G. Ini sejajar dengan objektif MRCA untuk menggalakkan budaya pembelajaran berterusan di kalangan ahlinya bagi memastikan peruncit negara dapat kekal di barisan hadapan dalam landskap runcit yang sentiasa berubah.

Kerjasama tersebut dimeretai dengan majlis tandatangan semasa acara MRCA CEO Get Together yang diadakan baru-baru ini. Dihadiri oleh lebih 60 pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin daripada peruncit di seluruh negara, acara itu menyediakan platform untuk ahli saling membina perhubungan perniagaan serta mengetahui lebih lanjut tentang teknologi dan trend terkini yang memacu transformasi runcit seperti 5G, automasi dan internet kebendaan (IoT).

quote

“Kerjasama kami dengan Maxis melengkapkan program transformasi digital kami serta menyediakan platform untuk pemilik runcit dan pihak berkepentingan -- termasuk lebih daripada 40,000 cawangan ahli di seluruh negara -- untuk mencuba penyelesaian teknologi dan ketersambungan baharu. Dengan Maxis sebagai rakan yang dipercayai, ahli kami bukan sahaja boleh menyesuaikan diri dengan lebih baik kepada realiti semasa dan permintaan ekonomi digital, namun juga boleh membentuk masa depan peruncitan di Malaysia.” - Datuk Ken Phua, Presiden MRCA

quote

“Kami berharap dapat memacu libat urus yang lebih mendalam dengan ahli MRCA untuk membangunkan kes penggunaan merentas kesalinghubungan 5G, perkhidmatan rangkaian terurus dan selanjutnya. Maxis Business bersedia membantu ahli MRCA mempercepatkan transformasi digital mereka, supaya mereka boleh memberi fokus kepada kelebihan mereka yang terbaik untuk pengguna Malaysia. Ini selaras dengan matlamat kami untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan kepada dunia yang penuh kemungkinan.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis

Sebagai rakan digital perniagaan pilihan, Maxis Business komited untuk memudahkan perniagaan berbilang saiz untuk mengguna pakai penyelesaian ketersambungan dan digital. Selain perkhidmatan kesalinghubungan tetap dan mudah alih terasnya, perkhidmatan rangkaian terurus hujung ke hujung Maxis Business termasuk penyelesaian keselamatan siber, awan, rangkaian persendirian dan IoT.

Kerjasama ini merupakan pencapaian terkini dalam inisiatif berterusan Maxis untuk menyokong cita-cita digital negara, termasuk merintis kes penggunaan yang dikuasakan oleh 5G-Advanced untuk mempercepatkan penerimagunaan digital merentas pelbagai vertikal.

Ditubuhkan pada 1992, ahli MRCA termasuk syarikat terkenal dan peruncit pasaran pertengahan seperti Poh Kong, Bonia, OSIM, Nelson's, Focus Point, Chakri Palace, Sunrider International, Valiram, Secret Recipe, Senheng, 7-Eleven, KK Super Mart, Marrybrown, Maxis, RHB Bank dan banyak lagi.

Archives
Tags