Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis, AIS dan Singtel bekerjasama untuk tangani penipuan digital yang semakin meningkat

Maxis Logo
  • Persekutuan antarabangsa API Telekomunikasi pertama di dunia akan membantu memperkuat pengesahan dan pengesanan penipuan
  • Kerjasama akan menyokong lebih 12 juta pelanggan di Malaysia dan 45 juta pelanggan di Thailand
  • Pada awal tahun ini di Mobile World Congress di Barcelona Maxis turut memeterai perjanjian dengan beberapa penyedia telekomunikasi Malaysia yang lain untuk menangani penipuan digital pada peringkat nasional

Maxis, AIS dan Singtel telah memeterai Memorandum Persefahaman untuk membolehkan pengesahan berasaskan rangkaian untuk pelanggan mudah alih melalui rangkaian penyelesaian yang mengesahkan identiti digital yang didaftarkan pada perkhidmatan atau platform pengguna berdasarkan data telekomunikasi. Penyelesaian ini adalah berasaskan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) telekomunikasi yang saling boleh kendali dan menurut rangka kerja standard piawaian industri dan protokol GSMA.

Langkah ini menandakan persekutuan antarabangsa API Telekomunikasi yang pertama di dunia, melibatkan penyedia telekomunikasi dari tiga negara yang bekerjasama untuk membantu perusahaan-perusahaan mengakses data rangkaian telekomunikasi masa nyata untuk memperkuat pengesahan dan memerangi penipuan. Menurut laporan oleh LexisNexis Risk Solution, kadar serangan keseluruhan untuk aplikasi mudah alih di Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada purata global dengan majoriti serangan yang dijalankan oleh bot automatik, menyasarkan transaksi pembayaran e-dagang.

quote

“Kerjasama ini mengukuhkan lagi keselamatan untuk pelanggan kami dalam landskap ancaman yang sentiasa berubah. Dengan memanfaatkan keupayaan terkini dalam pengesahan masa nyata, kami dapat menambah lapisan perlindungan tambahan untuk pengguna dan perniagaan yang semakin giat berinteraksi dan berurus niaga secara digital. Melalui kolaborasi dengan rakan kerjasama serantau dan global yang terkemuka, kami terus meningkatkan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko penipuan dan pelaku ancaman. Ini adalah selaras dengan komitmen teguh kami sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia untuk menyediakan kesalinghubungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai untuk semua pelanggan kami.” - Encik Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

“Kerjasama ini ini menandakan pencapaian penting dalam komitmen kami untuk melindungi pelanggan kami dan ekosistem digital,” kata Asnee Wipatawate, Ketua Jabatan Produk Teknologi Telekom Perusahaan di AIS. “Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber kami dengan Singtel dan Maxis, kami mencipta platform yang berkuasa yang akan meningkatkan kepercayaan dan keselamatan untuk perniagaan dan pengguna merentasi negara Thailand, Malaysia dan Singapura. API Pengesahan Nombor bersama ini akan menyediakan perniagaan dan platform dengan alatan yang teguh untuk mengesahkan identiti pengguna di dalam negara dan serantau melalui pengesahan nombor telefon masa nyata. Dengan memanfaatkan kekuatan yang digabungkan antara penyedia telekomunikasi tersebut, API ini akan menawarkan penyelesaian yang komprehensif dan selamat untuk melindungi daripada pelbagai aktiviti penipuan, termasuk pengambilalihan akaun dan serangan pancingan data. API Pengesahan Nombor akan tersedia untuk perniagaan merentas pelbagai industri, termasuk perkhidmatan kewangan, e-dagang dan permainan dalam talian. Dengan menyepadukan API ini ke dalam sistem mereka, perniagaan boleh mengurangkan risiko penipuan dengan ketara dan meningkatkan kepercayaan pelanggan.”

Encik Ng Tian Chong, Ketua Pegawai Eksekutif, Singtel Singapore berkata, "Peningkatan e-dagang di rantau ini telah membuka lebih banyak peluang untuk penipuan digital, memberi kesan yang ketara terhadap pengguna dan perniagaan. Bersama dengan AIS dan Maxis, kami boleh memerangi penipuan digital yang semakin meningkat ini, dan melindungi pelanggan kami dengan lebih berkesan. Dengan memanfaatkan data telekomunikasi dan kepakaran kolektif kami, kami akan dapat mengesahkan, melindungi dan mengurangkan penipuan kewangan secara lancar supaya pelanggan kami di Singapura, Thailand dan Malaysia boleh menikmati gaya hidup digital yang selama. Kami akan terus menerajui usaha melawan penipuan digital dan menggalakkan lebih banyak MNO untuk mengambil bahagian bagi membina pertahanan yang lebih kukuh untuk semua.”

Penyelesaian ini akan membantu mengurangkan insiden pengambilalihan akaun yang menyalahi undang-undang dan transaksi tidak dibenarkan yang berpunca daripada penipuan pancingan data dan aplikasi perisian hasad. Ia juga membolehkan proses pengesahan berbilang factor (MFA) yang lebih lancar kerana identiti digital pengguna disahkan serta-merta dan secara langsung antara syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan. Dua API yang pertama kali akan disepadukan oleh AIS dan Maxis termasuk Number Verify, aplikasi yang mengesahkan identiti pelanggan dengan memadankan nombor telefon mereka dengan butiran akaun berdaftar mereka pada platform penyedia perkhidmatan dan Lokasi Peranti.

Kerjasama ini akan menyokong lebih 12 juta pelanggan di Malaysia dan 45 juta pelanggan di Thailand. Ketiga-tiga penyedia telekomunikasi ini turut akan meneroka peluang untuk menyepadukan lebih banyak API pada masa depan.

Pada awal tahun ini Maxis telah memeterai beberapa MoU dengan penyedia telekomunikasi Malaysia yang lain di Mobile World Congress di Barcelona untuk menangani masalah global penipuan digital pada peringkat nasional.

Persekutuan ini berfungsi menurut rangka kerja Gerbang Terbuka GSMA, satu inisiatif yang diiktiraf di peringkat global yang direka untuk menyediakan akses universal dan memastikan penggunaan dan penyepaduan pantas merentas rangkaian mudah alih yang berbeza, membolehkan lebih ramai penyedia perkhidmatan dan pengguna akhir mendapat manfaat daripada penyelesaian ini.

Julian Gorman, Ketua Asia Pasifik di GSMA, berkata: “Saya berasa sukacita kerana tiga daripada pengendali mudah alih paling inovatif di Asia telah berganding bahu, melalui inisiatif Gerbang Terbuka GSMA, untuk menangani penipuan dalam talian dan membantu meningkatkan kepercayaan pengguna dalam perkhidmatan digital baharu di Malaysia, Singapura dan Thailand. Serangan penipuan boleh memberi impak yang mendalam kepada mangsa, termasuk kerugian kewangan dan rasa kesukaran, mengakibatkan kemerosotan kepercayaan dalam platform digital. Penjenayah siber beroperasi melampaui sempadan negara, maka adalah penting bagi pengendali mudah alih dan pembangun perkhidmatan digital bersatu dalam menyokong pendekatan standard untuk mencegah penipuan di mana sahaja mereka berada di dunia."

Dr Ong Geok Chwee, Ketua Pegawai Eksekutif Bridge Alliance, berkata, “Bridge Alliance bekerjasama rapat dengan pengendali ahli dan rakan kongsi industri kami untuk memajukan persekutuan API telekomunikasi serantau, membina momentum rangka kerja Gerbang Terbuka GSMA dan piawaian API CAMARA. Dengan API Bridge Alliance exchange BAEx yang baru dilancarkan, pakatan kami kini mempunyai peluang yang tepat pada masa untuk menerajui usaha bagi memenuhi keperluan perusahaan di kawasan yang memanfaatkan aset telekomunikasi, seperti pengesahan berasaskan rangkaian. Kami teruja untuk menyaksikan semangat kerjasama antara ahli kami dan berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai ahli untuk mempercepatkan pendedahan API telekomunikasi dan membuka kunci nilai keupayaan penyedia telekomunikasi kami.”

Archives
Tags