Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Maxis bekerjasama untuk membangun kemahiran digital dan pendidikan STEM

Penang State Government and Maxis collaborate to support digital skills development and STEM education
  • Maxis akan menyediakan bengkel pemasaran digital dan sumber pembelajaran digital untuk golongan usahawan, belia dan pelajar di Pulau Pinang
  • Inisiatif ini akan disampaikan melalui program-program komuniti utama Maxis, eKelas Usahawan dan eKelas
  • Kerjasama ini membina atas MoU antara Maxis dan Digital Penang sebelum ini yang bertujuan memacu penerimagunaan digital dalam kalangan PMKS di Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, akan bekerjasama untuk menyokong pembangunan kemahiran digital dan pembelajaran digital di negeri Pulau Pinang.

Kerjasama tersebut telah dimeterai hari ini di sebuah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi Negeri.

Perkembangan ini membina atas inisiatif komuniti dan digital Maxis yang dahulu di negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2023, Maxis telah memeterai sebuah MoU dengan Digital Penang untuk mendorong penerimagunaan digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri tersebut.

Pada majlis MoU ini, YB Jagdeep telah menekankan kepentingan kemahiran dan pembelajaran digital bagi memacu agenda pertumbuhan inklusif negeri Pulau Pinang.

quote

Aspirasi kami di bawah visi Penang2030 adalah untuk membina sebuah negeri hijau dan pintar berfokuskan keluarga yang memberi inspirasi kepada negara. Sebagai sebahagian daripada visi inklusif ini, kami ingin memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital dan membangunkan masyarakat yang terlibat secara digital. Selaras dengan ini, kami berharap dapat bekerja rapat dengan pihak Maxis dalam program komuniti utama mereka mengenai pemasaran digital dan pembelajaran selepas sekolah. - YB Jagdeep Singh Deo, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi Negeri

quote

Kami menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas peluang yang diberi untuk memperluaskan program Maxis eKelas Usahawan dan eKelas kami di seluruh negeri. Selaras dengan kepercayaan kami iaitu Tomorrow Begins Today, kami boleh bersama-sama memupuk para usahawan dan belia yang bersedia untuk masa hadapan dan mampu berkembang maju dalam ekonomi digital hari esok. - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Di bawah kerjasama ini, Maxis akan menyediakan latihan kemahiran pemasaran digital untuk golongan usahawan dan belia di Pulau Pinang. Di samping itu, Maxis akan memperluaskan capaian sumber pembelajaran digital dalam kalangan para pelajar dan guru di sekolah-sekolah Pulau Pinang. 

Inisiatif-inisiatif ini akan disampaikan melalui program-program komuniti utama Maxis, eKelas dan eKelas Usahawan.

Maxis eKelas Usahawan ialah program dengan prestasi yang terbukti, melatih hampir 7,000 usahawan sejak 2021. Program ini menyediakan bengkel pemasaran digital percuma untuk melatih usahawan dan belia tentang strategi pemasaran digital, perancangan kempen, fotografi, reka bentuk grafik, penggunaan AI generatif dan penulisan pemasaran.

Sehingga kini, Maxis eKelas Usahawan telah mencapai lebih daripada 440 usahawan di Pulau Pinang.

Maxis eKelas ialah sebuah program pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan secara percuma untuk pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan kandungan pendidikan yang menarik sejajar dengan sukatan pelajaran Malaysia kepada pelajar di seluruh negara, termasuk pelajar dari komuniti luar bandar. Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan salah satu daripada bidang tumpuannya.

Sebagai sebuah program yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan, Maxis eKelas secara rasmi menjadi sebahagian daripada portal pembelajaran digital DELIMa oleh pihak Kementerian tahun lepas, memperluaskan lagi kebolehcapaiannya untuk semua pelajar dan guru di seluruh negara. 

Maxis bekerjasama rapat dengan Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjalankan taklimat di sekolah-sekolah. Maxis eKelas telah mencapai pertumbuhan yang berterusan dengan jumlah pengguna berdaftar melebihi 120,000 orang setakat kini, termasuk 3,700 pengguna dari Pulau Pinang.

Archives
Tags