Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis sedia untuk muktamadkan proses SSA

maxis logo

Maxis sedia untuk memuktamadkan proses perjanjian langganan saham (SSA) Digital Nasional Berhad (DNB) sejajar dengan terma-terma SSA tersebut dan menandatangani Perjanjian Pemegang Saham (SHA) dengan DNB. Ini meletakkan Maxis dalam landasan untuk melengkapkan proses SSA awal dan mengambil bahagian dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua, mendahului tempoh masa yang telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, pada 2 Jun 2024.

Maxis menyokong dan komited sepenuhnya terhadap implementasi pantas model dwirangkaian 5G pihak Kerajaan. Maxis berharap akan dapat memainkan peranan yang penting dalam memacu agenda digital Malaysia sebagai salah satu peserta utama dan aktif dalam fasa berikut pelaksanaan 5G negara. Ini termasuk mempromosikan penerimagunaan dan inovasi 5G dan 5G-Advanced (5.5G) dalam kalangan pengguna, perniagaan dan sektor kerajaan.

quote

Kami berharap proses SSA dapat dimuktamadkan awal kerana langkah ini akan mengukuhkan kepastian dalam pelaksanaan dwirangkaian 5G negara. Penyempurnaan proses SSA adalah satu langkah yang diperlukan dan pragmatik untuk memulakan peralihan ke dwirangkaian 5G. Maxis bersedia sepenuhnya untuk mula membina rangkaian 5G kedua segera bagi mempercepatkan rancangan 5G negara dan membawa manfaat ekonominya kepada rakyat Malaysia pada kadar yang lebih pantas. - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Archives
Tags