Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memperluas kempen kitar semula e-sisa dengan perkhidmatan penghantaran pos percuma

Maxis expands e-waste recycling campaign to include free postal drop off service
  • Tiada caj perkhidmatan penghantaran pos drop-off untuk kutipan e-sisa di 1,000 cawangan Pos Malaysia di seluruh Semenanjung Malaysia
  • Pilihan baharu melengkapi perkhidmatan kutipan di premis yang sedia ada di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang
  • Lebih daripada 29 tan e-sisa dicegahkan daripada terkumpul di tapak pelupusan sampah sejak pelancaran kempen pada Oktober 2023

Maxis mengumumkan kemajuan yang ketara dalam mempromosikan tabiat pelupusan e-sisa yang bertanggungjawab di kalangan rakyat Malaysia lapan bulan selepas pelancaran kempen kitar semula e-sisanya. Kempen ini yang telah bermula dengan penawaran perkhidmatan kutipan yang mudah untuk premis kediaman dan komersial di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, kini diperluaskan dengan penambahan perkhidmatan penghantaran pos drop-off percuma untuk semua pengguna di Semenanjung Malaysia.

Diuruskan oleh rakan kempen Maxis, Electronic Recycling Through Heroes (ERTH), sebuah pusat pengumpulan e-sisa yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, perkhidmatan terbaharu ini memudahkan lagi pengitaran semula e-sisa dan menggalakkan pengguna untuk mengamalkan tabiat mesra alam.

Kini, sesiapa yang menetap di dalam atau di luar kawasan perkhidmatan kutipan boleh memilih untuk menghantar peranti e-sisa mereka ke ERTH melalui lebih daripada 1,000 cawangan Pos Malaysia. Patrick Er, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Transformasi Maxis, berkata Syarikat komited untuk mengurangkan kesan bahaya e-sisa dan menjadi pemangkin kepada perubahan alam sekitar yang positif.

Maxis expands e-waste recycling campaign to include free postal drop off service
quote

“Kemajuan yang telah kami capai dengan ERTH mengetengahkan kepentingan menjadikan pengitaran semula e-sisa mudah diakses oleh semua pengguna. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi untuk meluaskan jangkauan kempen serta memupuk tabiat pelupusan dan kitar semula e-sisa yang bertanggungjawab di seluruh negara, bagi menyumbang kepada ekonomi kitaran yang lebih hijau dan masa depan yang lebih mampan,” - Patrick Er, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Transformasi Maxis

quote

"Sejak penubuhannya, ERTH telah menerima permintaan kitar semula dari seluruh negara, beberapa dari luar kawasan liputan koleksi, dan yang lain dengan kuantiti barang yang kurang daripada minimum yang diperlukan untuk kutipan percuma. Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk menjadikan kitar semula e-sisa mudah diakses di seluruh Semenanjung Malaysia, tanpa mengira liputan atau kuantiti. Kami gembira kerana perkhidmatan pos drop-off ni telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan jumlah kutipan dan kami sukacita dapat melanjutkan pilihan pos tambahan ini kepada kerjasama kami dengan Maxis yang kini sudah berjaya,” - Mohamed Tarek El-Fatatry, pengasas ERTH.

Maxis expands e-waste recycling campaign to include free postal drop off service

Untuk menghantar peranti mereka, pengguna hanya perlu mengisi borang permintaan melalui laman web Maxis dan menyenaraikan barangan yang mereka ingin kitar semula untuk menerima label penghantaran percuma Pos Malaysia. Setakat ini, kempen kitar semula e-sisa Maxis dengan ERTH telah mengumpul lebih daripada 15,000 peranti, menghalang lebih daripada 29 tan e-sisa daripada terkumpul di tapak pelupusan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen kitar semula e-sisa dan cara mengitar semula peranti anda secara bertanggungjawab, layari www.maxis.com.my/ewaste/

Archives
Tags