Maxis Bonanza berlangsung dengan hadiah besar dan tawaran menarik; menawarkan tiga Tesla Model 3 sebagai hadiah utama
- Lebih RM1 juta dalam hadiah ditawarkan, termasuk tiga kenderaan Tesla Model 3 sebagai hadiah utama
- Tawaran menarik untuk pelanggan yang melanggan Maxis Postpaid atau Maxis Home Fibre
- Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mendaftar untuk penyertaan melalui aplikasi Maxis atau Hotlink
Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, melancarkan Maxis Bonanza selama tiga bulan yang menampilkan hadiah dan tawaran menarik untuk para pelanggan. Terbuka kepada pelanggan Maxis dan Hotlink, peraduan ini menawarkan lebih RM1 juta dalam hadiah, termasuk tiga kenderaan Tesla Model 3 sebagai hadiah utama.
Pelanggan juga berpeluang memenangi sejumlah 50 unit TV Pintar 4K Samsung 65” QLED Q70D, 50 unit vakum Dyson v12 Detect Slim Fluffy, dan 50 unit telefon pintar Samsung Galaxy S24 Ultra (512GB) sepanjang tempoh Maxis Bonanza.
“Maxis Bonanza merangkumi peraduan hadiah yang menarik, dan ia adalah peluang baik untuk pelanggan mendapatkan tawaran hebat menjelang musim cuti hujung tahun. Kami akan terus memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami melalui penawaran mudah alih, jalur lebar, dan peranti, membolehkan mereka menikmati pengalaman kesalinghubungan dan peranti yang terbaik untuk semua keperluan kediaman serta gaya hidup mereka.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis
Hadiah peraduan akan diberikan secara bulanan seperti berikut:
Tempoh Peraduan | Hadiah |
---|---|
Pusingan 1 (1 Nov - 30 Nov 2024) |
Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3 Hadiah Runner-up: 50 x TV Pintar 4K Samsung 65" QLED Q70D |
Pusingan 2 (1 Dec - 31 Dec 2024) |
Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3 Hadiah Runner-up: 50 x Dyson v12 Detect Slim Fluffy |
Pusingan 3 (1 Jan - 5 Feb 2025) |
Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3 Hadiah Runner-up: 50 x Samsung Galaxy S24 Ultra (512GB) |
Untuk menyertai Maxis Bonanza, pelanggan Maxis atau Hotlink yang sedia ada hanya perlu log masuk ke aplikasi Maxis atau Hotlink, memastikan semua bil telah dibayar, dan mendaftar. Pelanggan baharu boleh melanggan Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre, Hotlink Prepaid, atau Hotlink Postpaid. Pelanggan juga boleh mendapatkan peranti mudah alih atau peranti rumah baharu dengan Maxis untuk menikmati tawaran menarik:
- Dapatkan telefon pintar 5G percuma apabila menaik taraf ke Maxis Postpaid 109 atau ke atas.
- Beli peranti mudah alih dan dapatkan diskaun sehingga RM300 untuk pembelian seterusnya melalui Maxis Zerolution Mobile atau Aksesori.
- Nikmati naik taraf percuma ke Maxis Home Fibre 500Mbps apabila membeli TV bersama Maxis Home Fibre (bermula 14 November 2024).
Pelanggan Maxis dan Hotlink mesti mendaftar bagi setiap pusingan peraduan untuk layak menyertai cabutan hadiah bagi pusingan tersebut.
Maxis juga akan membawa Maxis Bonanza ke seluruh negara melalui jelajah ke pelbagai lokasi, termasuk Kuala Lumpur (6 - 31 Disember di Waterfront Desa Park City), serta di Johor, Sabah, dan Sarawak.
Maxis Bonanza berlangsung dari sekarang hingga 5 Februari 2025. Untuk maklumat lanjut tentang kelayakan, cara mendaftar untuk peluang memenangi hadiah, dan terma serta syarat lain, sila layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/maxis-bonanza.