Team UTP dari Universiti Teknologi Petronas muncul sebagai Juara Hotlink Uni Legends MLBB 2024; bersedia mewakili Malaysia di Campus Legends Singapura
- Sebagai juara, Team UTP dari Universiti Teknologi Petronas akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Campus Legends di Singapura
- Sebanyak 512 pasukan daripada 92 institusi pendidikan tinggi telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
- Kejohanan ini berakhir dengan acara selama 3 hari di UiTM Shah Alam, merangkumi aksi e-sukan, persembahan oleh artis tempatan, serta festival makanan dan urban
Team UTP, yang terdiri daripada pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), telah merangkul juara dalam kejohanan e-sukan Hotlink Uni Legends MLBB 2024. Pasukan tersebut mengungguli perlawanan akhir selepas berbulan-bulan bersaing sengit dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mengalahkan 512 pasukan yang lain dari 92 institusi pendidikan tinggi seluruh negara.
Sebagai juara, pasukan ini akan mewakili Malaysia dalam pertandingan menentang pasukan-pasukan dari Asia Tenggara di Campus Legends Singapura, dari 26 hingga 27 Oktober 2024.
Kejohanan Hotlink Uni Legends MLBB 2024 yang dilancarkan pada Julai 2024, dicipta khusus untuk pelajar institusi pendidikan tinggi di seluruh Malaysia. Bermula dari pusingan kelayakan secara maya, lapan pasukan terbaik berjaya mara ke peringkat akhir yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam untuk bersaing demi jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai RM100,000.
Setelah pertarungan akhir yang mendebarkan, kejohanan berakhir dengan keputusan berikut:
- Juara: Team UTP, Universiti Teknologi Petronas (UTP) – Hadiah bernilai RM30,000 + peluang untuk mewakili Malaysia di Campus Legends, Singapura
- Naib Juara: USM Orcas, Universiti Sains Malaysia (USM) – Hadiah bernilai RM20,000
- Tempat Ketiga: Onic Malay, Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Hadiah bernilai RM15,000
Selain itu, pasukan yang berjaya menduduki tempat ke-4 hingga ke-8 turut menerima hadiah wang tunai antara RM3,000 hingga RM10,000.
Upacara penyampaian hadiah diserikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang utama, diringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng. Beliau memuji pasukan-pasukan terbaik atas pencapaian mereka, dan menyifatkan kejohanan ini sebagai penanda kemajuan dalam arena e-sukan Malaysia. Hotlink Uni Legends MLBB adalah salah satu inisiatif e-sukan yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.
“Sebagai Jaguh 5G untuk belia, Hotlink komited untuk memajukan industri e-sukan melalui rangkaian 5G kami yang terpantas dan tiada tandingan, menyediakan lebih banyak peluang untuk pemain muda mengasah kemahiran mereka. Ia sungguh mengagumkan untuk menyaksikan bakat luar biasa dan semangat yang ditampilkan oleh pelajar universiti dari seluruh Malaysia dalam kejohanan ini. Tahniah kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran kejohanan ini, dan selamat maju jaya kepada pasukan pemenang yang akan mewakili Malaysia di peringkat serantau.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis
Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran & Pembangunan Perniagaan di MOONTON Games, berkata: “Kami telah melihat daripada persembahan pasukan MLBB profesional Malaysia baru-baru ini bagaimana bakat esport kami adalah penewas dunia; Hotlink telah berada di barisan hadapan dalam memacu industri e-sukan Malaysia. Inisiatif seperti Hotlink Uni Legends MLBB 2024 menyediakan atlet e-sukan yang beraspirasi tinggi dengan sokongan dan ekosistem yang mereka perlukan untuk mula mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami berharap dapat melihat bakat-bakat ini di MPL Malaysia tidak lama lagi!”
Team UTP dari Universiti Teknologi Petronas berkongsi keterujaan mereka: “Kejohanan ini merupakan peluang untuk mempamerkan bakat kami kepada Malaysia, dan perjalanan kami bersaing dengan semua pasukan lain amat menyeronokkan. Kami sangat teruja untuk bertanding di Campus Legend di Singapura dan berharap dapat membawa pulang trofi ke Malaysia.”
Acara kemuncak berlangsung sebagai sebahagian daripada acara 3 hari dari 18 hingga 20 Oktober di UiTM Shah Alam. Selain daripada aksi esports, para pengunjung dapat menikmati festival muzik yang meriah dengan persembahan daripada artis tempatan terkenal seperti SonaOne, Ismail Izzani, Asyraf Nasir, Insomniacks, Yonnyboii, serta Kmy Kmo & Luca Sickta. Acara ini turut menampilkan festival makanan dan urban yang disokong oleh rakan kongsi rasmi seperti MOONTON Games, UiTM, ZUS Coffee, TTRacing, Maybank, ZTE Nubia, dan Huawei.
Kejohanan Hotlink Uni Legends MLBB ini disokong oleh MOONTON Games’ Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia. Liga e-sukan ini adalah yang paling popular di Malaysia dan berfungsi sebagai pintu masuk kepada pemain untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan MLBB antarabangsa. Ini termasuk Mid Season Cup (MSC) 2024 yang menyaksikan Malaysia mencipta sejarah dengan memenangi kejohanan MLBB antarabangsa pertama mereka, serta Kejohanan Dunia M6 yang bakal diadakan di Malaysia pada bulan Disember.
Hotlink adalah penaja rangkaian 5G rasmi untuk MPL Malaysia Musim 13 dan 14, selari dengan semangat membuatkan sambungan lebih mudah diakses.