Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menjemput pelajar Sarjana Muda Malaysia untuk memohon Program Biasiswa Maxis 2024

Maxis Scholarship Programme 2024
  • Program ini menawarkan bantuan kewangan komprehensif kepada pelajar Malaysia yang telah mendapat kemasukan ke institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf
  • Penerima biasiswa akan mendapat peluang latihan industri serta penempatan kerja yang dijamin bersama Maxis selepas tamat pengajian
  • Permohonan kini dibuka sehingga 31 Oktober 2024

Maxis, syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Program Biasiswa Maxis 2024 untuk memperkasa pelajar melalui sokongan kewangan komprehensif bagi membantu perjalanan akademik mereka. Program ini memberi fokus kepada pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), yang menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi melahirkan pemimpin masa depan.

Program ini terbuka kepada pelajar tahun pertama sarjana muda yang sedang menjalani pengajian di Malaysia dan Singapura, dengan bantuan yang meliputi yuran pengajian serta kos sara hidup. Selain bantuan kewangan, penerima biasiswa akan berpeluang menjalani latihan industri dan dijamin penempatan kerja bersama Maxis selepas tamat pengajian.

Bidang pengajian ijazah yang layak untuk program ini termasuk Kejuruteraan (Rangkaian, Telekomunikasi, Perisian, Mekanikal, Elektrik, Elektronik); Teknologi (Kecerdasan Buatan, Pengkomputeran Awan, Sains Komputer, Keselamatan Siber, Sains Data, IT); Matematik, Statistik atau Sains Aktuari; dan Perakaunan, Kewangan, atau Ekonomi.

Penekanan pada pendidikan STEM mencerminkan komitmen Maxis untuk memacu agenda digital negara. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Maxis berhasrat untuk membangunkan bakat yang bersedia untuk menghadapi masa depan dan berkemahiran digital. Selain daripada syarat akademik, pemohon juga akan dinilai secara holistik berdasarkan aktiviti kokurikulum, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran komunikasi mereka.

quote

“Kami percaya dalam pemerkasaan golongan muda Malaysia yang berpotensi tinggi sebagai pemimpin masa depan negara. Dengan menyediakan alat dan peluang yang sesuai, kami dapat memupuk bakat yang serba boleh yang mampu berjaya dalam ekonomi digital masa depan. Melalui Program ini dan inisiatif berterusan kami, kami akan terus menyokong pendidikan di Malaysia selaras dengan objektif kami untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan kepada dunia yang penuh dengan kemungkinan.” - Patrick Er, Ketua Pegawai Transformasi & Sumber Manusia Maxis

Sehingga kini, Maxis telah membantu lebih daripada 330 pelajar melalui program biasiswa mereka.

Permohonan kini dibuka sehingga 31 Oktober 2024. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 23 tahun, telah mendapat kemasukan ke institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf di Malaysia atau Singapura, dan telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian tahun pertama sarjana muda mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai kriteria kelayakan dan cara memohon, layari: https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/careers/maxis-scholarship-programme.

Archives
Tags