Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis bina momentum pertumbuhan dengan prestasi kukuh pada TK2024

Maxis Logo
  • Keuntungan Selepas Cukai sebanyak RM1,396 juta, meningkat 40.7% tahun ke tahun (YoY)
  • Hasil Perkhidmatan berjumlah RM8,868 juta, meningkat 3.5% YoY
  • EBITDA sebanyak RM4,122 juta, meningkat 4.1% YoY
  • Dividen interim sebanyak 4 sen sesaham dan dividen sekali sahaja sebanyak 1 sen sesaham

Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, mencatatkan prestasi yang kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, mencapai Hasil Perkhidmatan tertinggi dalam sejarahnya. Perniagaan Pengguna dan Perusahaan Maxis mengekalkan momentum pertumbuhan yang sihat dalam perkhidmatan kesalinghubungan teras serta penyelesaian digital yang berkaitan, menyumbang kepada peningkatan dalam Hasil Perkhidmatan sebanyak 3.5% tahun ke tahun (YoY) kepada RM8,868 juta.

Peningkatan hasil dan pengurusan kos berdisiplin telah membawa kepada peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 4.1% YoY kepada RM4,122 juta. Termasuk pelarasan sekali sahaja yang dicatat semasa tahun kewangan sebelumnya iaitu TK2023, Keuntungan Selepas Cukai (PAT) telah meningkat sebanyak 40.7% YoY kepada RM1,396 juta. 

Maxis mengumumkan dividen interim keempat sebanyak 4 sen sesaham dan dividen sekali sahaja sebanyak 1 sen sesaham bagi suku ke-4 yang berakhir pada 31 Disember 2024. Dividen sekali sahaja ini diisytiharkan sebagai pertimbangan terhadap prestasi kukuh syarikat pada TK2024, menjadikan jumlah dividen tahun penuh sebanyak 17 sen sesaham.

Perniagaan Pengguna Maxis mencatat peningkatan sebanyak 2.7% YoY dalam hasil perkhidmatan, didorong oleh inisiatif penglibatan pelanggan dan penawaran yang disesuaikan merentasi segmen-segmen Mudah Alih dan Kediaman. Hasil Mudah Alih Pengguna mengukuh sebanyak 2.1% selari dengan pertumbuhan pelanggan sebanyak 2.4%. Maxis mengekalkan momentum kukuh dalam pascabayar dengan pelan yang dinaik taraf bagi menawarkan lebih banyak data dan pilihan untuk pelanggan. Bagi prabayar pula, Maxis terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan melalui peningkatan kelajuan dan data. Pelan-pelan mudah alih Maxis telah direka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, membolehkan mereka menikmati sepenuhnya manfaat perkhidmatan 5G. 

Segmen Kediaman Pengguna Maxis mencatat pertumbuhan hasil yang stabil sebanyak 7.4% YoY. Jumlah sambungan kediaman meningkat sebanyak 4.5%, dengan jalur lebar fiber sebagai penyumbang utama pertumbuhan. Sebagai penyedia kesalinghubungan bersepadu, pakej mudah alih, jalur lebar dan peranti menarik daripada Maxis merangkumi pelbagai jenis peranti untuk kediaman dan gaya hidup bagi setiap rumahtangga.

Perniagaan Perusahaan Maxis mengekalkan momentum pertumbuhan dengan peningkatan hasil perkhidmatan sebanyak 6.8% YoY. Prestasi ini didorong oleh pertumbuhan dalam perkhidmatan ketersambungan teras serta penyelesaian berkaitan yang didayakan oleh ketersambungan, seperti awan, perkhidmatan terurus, keselamatan siber dan internet kebendaaan (IoT). Selain itu, Maxis terus memperluaskan pembinaan fiber untuk infrastruktur kritikal seperti tapak mudah alih serta pembangunan komersial dan perindustrian. Ini bertujuan untuk menyokong keperluan kesalinghubungan bersepadu di kawasan permintaan tinggi seperti taman perindustrian, hab pembuatan dan pusat data.

quote

“Kami terus menghasilkan keputusan positif dengan memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting: memberikan nilai kepada pelanggan kami. Strategi mantap kami, digabungkan dengan pelaksanaan berdisiplin, menekankan perkhidmatan pelanggan, kebolehpercayaan rangkaian, dan kecekapan operasi, membolehkan kami mengembangkan penawaran kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan merentas setiap segmen pasaran.” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Sorotan kewangan FY2024: FY2024 berbanding FY2023

  • Hasil Perkhidmatan meningkat sebanyak 3.5% kepada RM8,868 juta, didorong oleh pertumbuhan hasil dalam kedua-dua perniagaan Pengguna dan Perusahaan.
    • Hasil Perkhidmatan Perniagaan Pengguna meningkat sebanyak 2.7% YoY kepada RM7,258 juta.
      • Hasil Mudah Alih Pengguna, termasuk pascabayar dan prabayar, meningkat sebanyak 2.1%. Jumlah pelanggan meningkat sebanyak 2.4% kepada 9.7 juta. Penawaran data yang dipertingkatkan menyumbang kepada pertumbuhan yang kukuh dalam pascabayar. Segmen prabayar menumpukan pemberian nilai terbaik melalui peningkatan kelajuan dan kuota data.
      • Hasil perkhidmatan Kesalinghubungan Kediaman Pengguna meningkat sebanyak 7.4% kepada RM993 juta. Jumlah sambungan kediaman berkembang kepada 784,000, dengan jalur lebar fiber sebagai penyumbang utama pertumbuhan.
    • Hasil perkhidmatan Perniagaan Perusahaan meningkat sebanyak 6.8% kepada RM1,610 juta, didorong oleh tumpuan kepada ketersambungan mudah alih dan tetap, serta perkhidmatan berkaitan termasuk penyelesaian IoT dan awan.
  • EBITDA meningkat sebanyak 4.1% kepada RM4,122 juta, didorong oleh pertumbuhan hasil dan pengoptimuman kos.
  • PAT meningkat sebanyak 40.7% kepada RM1,396 juta, daripada hasil yang lebih tinggi dan pengurusan kos yang optimum.
  • Capex sebanyak RM674 juta, dengan tumpuan kepada mengutamakan pelaburan penting yang meningkatkan keupayaan rangkaian bersepadu Maxis.
  • Aliran tunai bebas operasi meningkat kepada RM3,057 juta, didorong oleh pengurusan modal kerja yang dipertingkatkan dan kecekapan operasi. Baki tunai kekal stabil pada RM464 juta.

Inisiatif Utama:

  • Memperkenalkan pelan 5G Home WiFi baharu, menawarkan kelajuan mirip fiber serta pelan Maxis Postpaid dan Hotlink Prepaid serta Postpaid yang diperkaya, dengan nilai lebih baik dan pilihan yang diperluaskan melalui peningkatan data dan kelajuan.
  • Memperkenalkan Unit Pemprosesan Grafik-sebagai-Perkhidmatan (GPUaaS), yang membolehkan pengkomputeran berskala berprestasi tinggi dan pemprosesan data atas permintaan.
  • Memeterai perjanjian Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (Multi Operator Core Network - MOCN) enam hala pertama di dunia untuk meningkatkan ketersambungan digital di kawasan luar bandar Sarawak.
  • Menjalin kerjasama strategik dengan rakan global dan serantau terkemuka seperti AWS, Google Cloud, Huawei, Nokia, dan Singtel, serta badan digital negeri termasuk Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Melaka ICT Holdings (MICTH) bagi mempercepatkan pendigitalan dalam sektor swasta dan awam.
  • Menyumbang RM2.2 juta kepada usaha bantuan banjir melalui Dana Ihsan MADANI Kerajaan dan bantuan dalam bentuk barangan.
Archives
Tags