Maxis permudahkan pengalaman pelanggan dengan concierge dikuasakan Gen AI untuk perniagaan

- Pada pelancaran, kepintaran dikuasakan Gen AI mempunyai sokongan perayauan segera 24/7, cadangan perjalanan pintar dan keupayaan perbualan memahami konteks
- Dinamakan Mia, concierge Gen AI ini dibangunkan bersama dengan Amazon Web Services (AWS)
- Maxis akan terus memanfaatkan keupayaan Gen-AI untuk mendorong inovasi digital dan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan
Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, telah memperkenalkan Mia (Maxis Intelligent Assistant), perkhidmatan concierge inovatif dikuasakan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) untuk pelanggan perniagaan. Direka khusus untuk memudahkan pengalaman pelanggan di portal layan diri digital Maxis Business Hub (MBH), Mia menggabungkan AI perbualan dengan automasi aliran kerja pintar untuk menyampaikan pengurusan perkhidmatan perayauan yang lancar untuk perniagaan.
Mia melakar kemajuan baharu dalam penyelesaian dipacu AI oleh Maxis Business, bahagian B2B Maxis, sebagai perkhidmatan chatbot berpandu pintar yang menawarkan sokongan perayauan segera 24/7, cadangan pintar dan yang diperibadikan. Dengan Mia, pelanggan akan dapat mengakses maklumat dan menyelesaikan tugas yang berkaitan dengan akaun dan perkhidmatan mereka dengan mudah, menggunakan interaksi gaya perbualan, memastikan pengalaman yang lebih pantas dan intuitif. Ini bermakna kurang masa dihabiskan untuk pertanyaan dan lebih banyak masa memfokuskan pada perkara yang paling penting bagi perniagaan mereka.
“Maxis Business sedang merintis penerimaan Gen AI dalam ruang B2B, memanfaatkan keupayaan transformatifnya yang telah mengubah pelbagai pengalaman pelanggan B2C hari ini. Mia mencerminkan komitmen kami untuk memanfaatkan AI sebagai pemacu inovasi. Dengan menyepadukan Mia ke dalam pengalaman digital kami, kami mencipta antara muka yang lancar dan intuitif yang memperkasakan pelanggan untuk mengurus perkhidmatan serta keperluan mereka. Dilengkapi dengan kecerdasan kontekstual, Mia memahami niat dan interaksi pengguna, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan. Kami akan terus memperluas fungsi dan keupayaan Mia, mengukuhkan lagi dedikasi kami untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia kepada perniagaan.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis
Mia ialah satu lonjakan dalam inovasi AI generatif, dikuasakan oleh teknologi canggih AWS. Dibina di atas Amazon Bedrock dan menampilkan model bahasa besar (LLM) terkemuka, penyelesaian perintis ini memanfaatkan potensi penuh infrastruktur awan terkemuka industri AWS.
"Pelancaran Mia oleh Maxis menunjukkan bagaimana perusahaan terkemuka di Malaysia dapat memanfaatkan kecerdasan buatan generatif melalui Amazon Bedrock untuk mengubah pengalaman pelanggan. Sebagai salah satu syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan Amazon Bedrock, Maxis berusaha memahami keperluan pelanggan bagi menyediakan penyelesaian penglibatan yang terkemuka dalam industri. Dengan membangunkan Mia di atas infrastruktur awan yang selamat serta rangkaian perkhidmatan canggih yang komprehensif oleh AWS, Maxis membuktikan bagaimana perusahaan di Malaysia boleh mencipta impak perniagaan yang sebenar. Ini hanyalah permulaan, dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama jangka panjang kami dengan Maxis, memanfaatkan AWS bagi memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka." - Pete Murray, Pengurus Negara, Malaysia, AWS.
Maxis telah mengintegrasikan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, dan kecerdasan buatan generatif merentasi operasinya untuk meningkatkan kecekapan dan memperkayakan pengalaman pelanggan. Maxis akan terus meneroka cara baharu untuk memanfaatkan keupayaannya, mendorong inovasi digital dan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan B2C dan B2B.