Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis serikan suasana Ramadan dan Hari Raya melalui inisiatif komuniti

Maxis spreads festive cheer with community initiatives for Ramadan and Hari Raya
  • Maxis terus memperluaskan jangkauan komuniti untuk memberi impak positif yang berkekalan
  • Maxis menyumbang perabot dan baucar hadiah serta mengadakan gotong-royong dan iftar khas untuk warga Badan Amal Nur Zaharah
  • 11,000 hidangan bubur lambuk diedarkan di seluruh Wilayah Tengah, Selatan dan Pantai Timur dengan kerjasama 11 universiti dan politeknik

Maxis menyerikan suasana Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri melalui pelbagai inisiatif bermakna yang menekankan perpaduan dan keterlibatan komuniti. Inisiatifnya merangkumi penganjuran majlis iftar istimewa untuk anak-anak kurang berkemampuan serta pengagihan bubur lambuk di kampus-kampus, mencerminkan komitmen Maxis untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

Iftar khas bersama Badan Amal Nur Zaharah

Majlis iftar yang berlangsung di pusat Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) di Bentong, Pahang telah menghimpunkan 70 tetamu, termasuk anak-anak yatim dan asnaf, kakitangan BANZ, serta sukarelawan Maxis. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura Othman. 

Pelbagai aktiviti bermakna telah diadakan bagi menampilkan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Maxis telah memberi sumbangan perabot dan kelengkapan tempat tidur, mengagihkan baucar hadiah, serta menjalankan gotong-royong bagi menceriakan kemudahan dan ruang komuniti di pusat tersebut. Acara tersebut telah disempurnakan dengan iftar dan solat Tarawih.

Gotong-royong effort to refresh the centre’s facilities and communal spaces
quote

“Saya menghargai pihak Maxis kerana menganjurkan acara yang bermakna ini bersama anak-anak dari Badan Amal Nur Zaharah sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Pada musim perayaan, adalah penting untuk kita menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan. Inisiatif seperti ini amat dekat di hati saya, kerana dapat memberi impak positif dengan mengeratkan hubungan dan menyediakan bantuan asas kepada komuniti setempat. Saya berharap lebih banyak lagi syarikat-syarikat turut serta dalam program seperti ini,” - YB Young Syefura Othman

quote

“Melalui inisiatif kami, kami berhasrat untuk membina hubungan bermakna dan memperkasakan komuniti yang kami berkhidmat. Detik-detik seperti ini mengingatkan kami bahawa sambutan perayaan bukan sekadar tradisi, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kebersamaan. Maxis mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikan” - Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis

Agihan bubur lambuk di 11 universiti

Sebagai sebahagian daripada program jangkaun komuniti Ramadan, Hotlink telah mengadakan Jelajah Kampus Bubur Lambuk Hotlink dengan kerjasama penerbit permainan Honor of Kings, membawa keceriaan kepada para pelajar dan komuniti setempat. 

Dengan sokongan sukarelawan daripada Maxis dan institusi yang mengambil bahagian, sebanyak 11,000 hidangan bubur lambuk telah diagihkan di universiti dan politeknik di Wilayah Tengah, Selatan, dan Pantai Timur Malaysia.

A special iftar with Badan Amal Nur Zaharah

Filem Raya Maxis yang menyentuh hati

Hari Raya ini, Maxis turut mempersembahkan "Saat Bermakna", sebuah filem perayaan yang menyentuh hati, meraikan kepentingan kekal berhubung dengan insan tersayang. Filem ini menampilkan bagaimana Maxis sentiasa bersama anda dalam apa jua saat penting Aidilfitri. Setiap detik—penuh debaran, tawa, dan kebersamaan—menjadi lebih istimewa dengan rangkaian Maxis yang boleh dipercayai, pantas dan selamat. Saksikan “Saat Bermakna” di  www.maxis.com.my/raya.

Touching Raya Film by Maxis
Archives
Tags